KUMPULAN PKINK BERI SUMBANGAN RM 1 JUTA UNTUK MEMBANTU MANGSA COVID-19
KOTA BHARU, 5 Mei – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui syarikat anak, Infra Quest Sdn Bhd tampil memberi sumbangan bagi membantu mangsa COVID-19 di satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Menteri Besar Kelantan, Aras 10, Mabna MBI, Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim, pada hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM1,000,000 kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob untuk disalurkan kepada Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung...