MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN ANTARA PKINK DAN SRI DAMAR MINE TRADING
KOTA BHARU, 23 Nov – Usaha meneroka kerjasama dalam bidang perlombongan emas diteruskan lagi dengan termeterainya perjanjian Usahasama Perlombongan Emas di antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan Syarikat Sri Damar Mine Trading Sdn. Bhd. (SDMTSB). Perjanjian yang ditandatangani bersama Syarikat Sri Damar Mine Trading Sdn. Bhd yang merupakan syarikat perusahaan sumber mineral dan galian emas sejak tahun 2018 itu telah berlangsung di Dewan Makan VIP, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai...