KUNJUNGAN HORMAT DPMM KE PKINK
KOTA BHARU, 23 Mac – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Negeri Kelantan di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada jam 10 pagi hari ini. DPPM merupakan satu pertubuhan yang bergiat aktif membangunkan perniagaan bumiputera di seluruh Malaysia.
DPMM Kelantan yang dipimpin oleh Wan Zulkifli bin Wan Abdullah, Yang Dipertua DPMM Kelantan mengetuai kunjungan hormat ini bagi tujuan memperkenalkan pengurusan baru DPMM Kelantan dan mencari peluang untuk bekerjasama dengan PKINK...