warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

e-penyertaan

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

PKINK sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh yang demikian, PKINK amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara   komersil atau sebaliknya.
8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots”atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.  

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today294
Yesterday566
This week4243
This month860
Total813521

2023-04-02

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas