Dasyatnya Dosa Riba
Hukuman Riba
Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )
Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.
1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW. Firman...
Serulah Manusia Bersolat
SERULAH MANUSIA BERSOLAT
oleh Ustaz A. Ubaidillah bin Alias
SERINGKALI apabila kita mahu keluar membeli-belah, waktunya berdekatan dengan waktu solat. Akhirnya menyebabkan kita terlepas solat berjemaah di masjid atau terlewat menunaikan solat tersebut secara bersendirian di rumah. Kita sering memilih waktu untuk keluar bersiar-siar tanpa melihat terlebih dahulu waktu solat yang sudah hampir. Lalu kita buat-buat tidak tahu, atau sengaja membiarkan waktu itu berlalu.
Bagi remaja yang menonton bola, ada yang keluar ke perlawanan dan perlu memasuki stadium lebih awal. Ia akan menyukarkan...
Salah Guna
SALAH GUNA
Oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias
Assalamualaikum wrt wbt…
Dato, Datin, Tuan, Puan, dan seluruh rakan PKINK sekalian…
Kali ini saya ingin menulis dengan nada berjenaka…santai…dan membawa makna tersurat. Harap difahami dengan tenang oleh sesiapa sahaja. Ini cerita tentang kita, sebagai seorang manusia. Semuanya terkena, termasuk diri saya.
Manusia…apabila merasakan dirinya sudah cukup pandai dan bijak, dia mula memanipulasikan orang mahupun kuasanya untuk kepentingan peribadi. Tidak kira ketua, pekerja biasa atau orang kebanyakan, kadang-kadang terjerat dengan ketamakan haloba. Akhirnya...
Terajui Birokrasi Dengan Budaya Islam
(Diterbitkan dalam buletin PKINK edisi Januari 2012)
TERAJUI BIROKRASI DENGAN BUDAYA ISLAM
Oleh Ustaz A. Ubaidillah bin Alias
DALAM sebuah buku berjudul Leaders Talk Leadership, disebutkan bahawa ada lima cabaran besar yang perlu ditangani oleh seorang majikan dalam membentuk satu pasukan yang berjaya. Iaitu :
1.Mengurangkan karenah birokrasi.
2.Mendekatkan pengguna atau pelanggan dengan pihak dalaman sesebuah syarikat.
3.Mempastikan pihak pengurusan sentiasa mendengar dan menilai sebarang aduan daripada pekerja barisan hadapan.
4.Memberi lebih perhatian kepada pekerja yang mempunyai...