JELAJAH KALA 2026 "WARISAN PERKAMPUNGAN NELAYAN"
📣📣JOM MERIAHKAN JELAJAH KALA 2026!🎉“Warisan Perkampungan Nelayan”
Bersempena sambutan kemerdekaan, ayuh bersama keluarga dan rakan-rakan memeriahkan Jelajah KALA 2026 yang akan berlangsung.
✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Antaranya ialah✅ Forum Perdana bersama penceramah tersohor
✅ Family Fun Walk bertemakan Warisan Perkampungan Nelayan
✅ Konvoi Merdeka
✅ E-Sport Mobile Legends
✅ Demo Masakan Tradisional
✅ Kursus TikTok & AI untuk usahawan
✅ Pertandingan Kanak-kanak
✅ Persembahan Kebudayaan & Kesenian Warisan✅ Pelbagai Cabutan Bertuah
🎊 Tiga hari penuh...
PKINK SOKONG USAHA APM PERKASA KESIAPSIAGAAN KOMUNITI MELALUI KAMPUNG SIAGA 221
KOTA BHARU : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus memperkukuh komitmennya dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana apabila menyertai Program Kampung Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang dianjurkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan di Pos Dakoh, Gua Musang, baru-baru ini.
KSKK PKINK menyertai program berkenaan yang dianjurkan oleh Angkatan Pertahanan Awan Negeri Kelantan dengan kerjasama pelbagai agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Yayasan Raja Shamri, KSKK...
LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK RUMAH MAMPU MILIK KELANTAN (RMMK) BADANG, KOTA BHARU
KOTA BHARU, 21 Julai 2026 – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Perumahan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang, Kota Bharu bagi meninjau perkembangan projek dan melawat rumah contoh di Blok B.
Lawatan tersebut disertai oleh YB Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan serta YB Dato' Dr. Hj. Izani Bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar. Turut hadir YABhg. Dato’ Sr. Haji Zamri Bin Haji Ismail Ketua...
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PKINK KE KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XVIII SARAWAK 2026
KOTA BHARU, 15 Julai 2026 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PKINK ke Kejohanan Sukan Gemaputera XVIII Sarawak 2026 yang berlangsung di Dataran Maharani, PKINK.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Sr. Haji Zamri Bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK sebagai simbolik pelepasan dan suntikan semangat kepada kontinjen PKINK yang akan membawa cabaran organisasi ke kejohanan tersebut.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti tayangan video khas serta ucapan amanat...