Accessibility Tools

Skip to main content

LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK RUMAH MAMPU MILIK KELANTAN (RMMK) BADANG, KOTA BHARU

KOTA BHARU, 21 Julai 2026 – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Perumahan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang, Kota Bharu bagi meninjau perkembangan projek dan melawat rumah contoh di Blok B.

Lawatan tersebut disertai oleh YB Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan serta YB Dato' Dr. Hj. Izani Bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar. Turut hadir YABhg. Dato’ Sr. Haji Zamri Bin Haji Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK dan YBrs En Ahmad Nazri Bin Haji Ismai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) dan pengurusan PKINK.

Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek RMMK berjalan lancar mengikut perancangan demi menyediakan kediaman mampu milik yang berkualiti dan selesa kepada rakyat Kelantan.