PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA PKINK
KOTA BHARU, 11 Jan- Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Solat Sunat Dhuha selaras dengan saranan Kerajaan Negeri Kelantan yang menggalakkan semua agensi di negeri ini melaksanakan solat sunat dhuha secara berjemaah.
Selesai solat sunat dhuha, satu amanat khas telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK kepada semua anggota yang hadir.
Antara intipati amanat yang disampaikan ialah harapan agar solat sunat dhuha ini dapat dilaksanakan secara konsisten sekurang-kurangnya sebulan sekali. Beliau juga menggalakkan semua kakitangan PKINK untuk mengamalkan solat sunat dhuha secara bersendirian setiap hari sebagai usaha meningkatkan kerohanian dan keberkatan dalam melaksanakan tugasan. Selain itu, beliau turut berharap agar setiap anggota perbadanan sentiasa memberikan komitmen dan penglibatan aktif dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Turut hadir pada program ini ialah YBrs. Encik Ahmad Nazri bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK); YBrs. Ir. Hamdzah bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P); Pengurus-Pengurus Kanan, Pengurus-Pengurus, Pengurus Besar Syarikat Anak, anggota perbadanan serta wakil-wakil syarikat anak PKINK.