Lawatan Kerja PKINK ke Istana Balai Besar, Kota Bharu
KOTA BHARU, 21 Mei - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan lawatan kerja ke Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 21 Mei 2026 bagi memberi pendedahan berkaitan sejarah dan warisan negeri Kelantan kepada pegawai-pegawai PKINK.
Lawatan tersebut bertujuan mengukuhkan pengetahuan serta kefahaman mengenai institusi diraja dan nilai warisan sejarah negeri dalam kalangan warga PKINK.
Sepanjang lawatan berlangsung, satu sesi taklimat khas telah disampaikan oleh YBrs. En. Mohamed Safaruddin bin Ismail, Pegawai Protokol Pejabat Sultan Kelantan. Taklimat tersebut memberi penerangan berkaitan sejarah Istana Balai Besar, adat istiadat diraja serta peranan institusi Kesultanan Kelantan.
Seramai 51 orang pegawai dan anggota PKINK telah menyertai lawatan tersebut. Program berkenaan diharapkan dapat memberi manfaat serta menambahkan lagi pengetahuan peserta berkaitan sejarah dan warisan negeri Kelantan.
Turut hadir YABhg Dato' Sr. Haji Zamri Bin Haji Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK , YBrs En Ahmad Nazri Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) dan YBrs En Ir. Haji Hamdzah Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P).