USAHAWAN KELANTAN TERIMA BANTUAN NIAGA PKINK
KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus komited dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terutamanya membantu peniaga kecil dan sederhana meneruskan dan meningkatkan perniagaan mereka serta menyokong pertumbuhan dalam keadaan ekonomi semasa.
Bantuan itu membabitkan peralatan dan keperluan perniagaan seperti peti sejuk beku, mesin jahit, peralatan fertigasi dan lain-lain peralatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, sejak sekian lama, PKINK melaksanakan pelbagai program CSR menerusi...