KELANTAN KELUARKAN PRODUK BERAS WANGI TEMPATAN
PASIR PUTEH, 5 April – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi telah melancarkan Produk Beras Sida Wangi Tempatan Keluaran Negeri Kelantan di Pusat Belian Padi, Jelapang Timur Enterprise, Lot 2154, Kg Banir Belikong, Pasir Puteh, Kelantan.
Program yang serba ringkas ini bertujuan untuk memartabatkan kepentingan petani-petani melalui promosi produk Beras Sida Wangi Tempatan agar diangkat sebagai Ikon Produk Premium bagi Negeri Kelantan. Dengan kerjasama di antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan Syarikat Kumpulan Mihoda...