MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI PERSARAAN ANGGOTA PERBADANAN
KOTA BHARU, 11 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa Encik Mohd Rozi bin Mohd Noor dan Puan Noorha binti Mohd Zain pada hari ini. Majlis yang diatur secara ringkas ini diharapkan dapat dijadikan sebagai satu-satunya tanda kenangan terindah buat mereka.
Semenjak tahun 1982, Encik Mohd Rozi telah menabur bakti di PKINK selama 39 tahun sehingga bersara wajib pada 6 Januari 2022. Manakala, Puan Noorha telah memberikan khidmat selama 38 tahun...