Accessibility Tools

Skip to main content

TADARUS AL-QURAN PKINK RAMADAN 1443

KOTA BHARU, 3 Apr – Sempena Ihya' Ramadan 1443, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menganjurkan Program Tadarus Al-Quran anggota PKINK di Surau Raudhatul Iman, PKINK bermula hari ini. Program ringkas ini diadakan pada jam 12.45 tengah hari dengan bacaan Al-Quran oleh Qari yang dilantik, kemudian diakhiri dengan Ulasan Tajwid oleh YBrs. Al-Fadhil Ust Rusdi bin Yaacob sebelum menunaikan Solat Zuhur berjemaah.

Continue reading

CERAMAH BERSEMPENA MENYAMBUT RAMADAN 1443 (SIRI 1)  

KOTA BHARU, 30 Mac - Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan Ceramah Bersempena Menyambut Ramadan 1443 (Siri 1) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK semalam. Majlis ringkas ini bermula pada jam 12.30 tengah hari dan berakhir dengan solat Zuhur berjemaah melibatkan seluruh anggota PKINK.   Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Azariza bin Mohd Alawi, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Al-Fadhil Ustaz menekankan bahawa teramat rugilah bagi...

Continue reading

PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI DAN PENCEGAHAN RASUAH

KOTA BHARU, 27 Mac - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama SPRM di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan pada hari ini.   Program setengah hari ini dibahagi kepada dua (2) sesi yang melibatkan 75 orang peserta dalam kalangan anggota pengurusan PKINK, Pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan serta Pengarah Jabatan-jabatan Negeri yang lain. Program dimulakan dengan sesi ceramah dari pihak SPRM...

Continue reading

KAYUHAN UKHUWAH PKINK-PMINT 2022

KOTA BHARU, 26 Mac – Tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan Program Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 hari ini dan tentunya ia memberikan peluang ke arah kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pada masa-masa akan datang. Majlis pelepasan Program Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 yang melibatkan peserta seramai 65 orang itu telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Hj Abdul Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif...

Continue reading

WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 3

KOTA BHARU, 24 Mac – Siri Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan diteruskan lagi dengan siri yang ketiga. Kali ini Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menjemput YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Chik, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK bagi mengulas tajuk Riba Diperangi Allah dan Rasul. Webinar tersebut telah diadakan melalui platform Zoom Meeting bermula jam 9.00 pagi.   YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri, yang juga merupakan Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan (Group Chief Financial Inclusion Officer) Bank Islam Malaysia Berhad, menjelaskan...

Continue reading