CERAMAH IHYA' RAMADAN 1443 (SIRI 4)
KOTA BHARU, 26 Apr - Sebagai penutup bagi Program Ihya' Ramadan 1443, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Ceramah Ihya' Ramadan (Siri 4) yang terakhir di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK hari ini.
Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadil Ust Suratemi bin Mat Yusoff, Pegawai Agama Jajahan Bachok. Dalam ceramahnya, Ust Suratemi menyenaraikan lima (5) tanggungjawab (5T) terhadap Al-Quran iaitu: Tilawah (Membaca Al-Quran), Tafsir (Memahami Al-Quran), Tadabbur (Menghayati Al-Quran), Tatbiq (Mengamalkan Al-Quran), Tahfiz (Menghafal...