Accessibility Tools

Skip to main content

IQSB SUMBANGKAN RM2.5 JUTA KE TABUNG SERAMBI MEKAH

KOTA BHARU, 24 Mei - Sektor Perkhidmatan, terutamanya telekomunikasi, merupakan antara sektor utama yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Peneraju utama sektor ini di negeri Kelantan dipelopori oleh syarikat anak PKINK, Infra Quest Sdn Bhd (IQSB). Dengan penubuhannya semenjak tahun 1997, IQSB yang dahulunya mempunyai hanya 29 menara sahaja, kini mengendalikan 345 struktur komunikasi termasuk lampole, monopole dan terkini adalah Rapid Deployment System (RDS) di seluruh jajahan Negeri Kelantan. Dengan kerjasama PKINK, IQSB telah mengadakan Majlis...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT MIDA KE PKINK

KOTA BHARU, 23 Mei - YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Bilik Gerakan PKINK pada hari ini. Dalam pertemuan yang ringkas ini, rombongan yang diketuai oleh YABrs. Pengarah Eksekutif, Pengurusan Tertinggi (Penggalakan Pelaburan) MIDA HQ, En Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berharap agar dapat membincangkan peluang-peluang pelaburan yang baik di samping membina kerjasama yang utuh di antara PKINK dan MIDA. Sebagai tanda penghargaan, Tuan Haji Ab Aziz menyampaikan...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT MG GROUP OF COMPANIES KE PKINK

KOTA BHARU, 16 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada pihak MG Group of Companies di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini. Rombongan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MG Group of Companies iaitu En. Mohd Faizuddin Bin Che Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Ridzwan Hafizu Development Holdings Sdn. Bhd. iaitu Muhammad Ridzwan Hafizu Bin Azahari adalah bertujuan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama dan pelaburan yang boleh dibuat bagi merancakkan ekonomi setempat. MG Group of...

Continue reading

LAWATAN KORPORAT KE MENARA IQSB

KETEREH, 12 Mei – Sektor Telekomunikasi merupakan antara perniagaan utama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui syarikat Infra Quest Sdn Bhd (IQSB). PKINK telah mengadakan Lawatan Pemantauan Korporat bagi tujuan penerangan dan tinjauan pelaksanaan audit menara milik IQSB semalam di Dendang, Ketereh.   Audit yang dikawal selia oleh syarikat Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) tersebut melibatkan pemeriksaan spesifikasi infrastruktur, keselamatan tapak dan kekukuhan struktur menara. Audit tersebut yang bermula semenjak tahun 2021 adalah bagi memastikan...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT TELEKOM MALAYSIA KE PKINK

KOTA BHARU, 10 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Telekom Malaysia Cawangan Kelantan di Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini. Pertemuan ringkas ini bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama dalam perniagaan di antara kedua-dua pihak ini. Sebagai penghargaan, Haji Ab Aziz menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada pihak TM Cawangan Kelantan yang hadir. Kunjungan tersebut telah disertai oleh Pn Rozainee Muhamad Pengurus Besar TM Cawangan Negeri Kelantan, En Zainudin Ibrahim, Pengurus SRE dan En...

Continue reading