SEMINAR KESEDARAN PENSIJILAN HALAL USAHAWAN KELANTAN
KOTA BHARU, 13 Okt - Pembangunan Usahawan merupakan antara teras usaha Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam membangunkan ekonomi Negeri Kelantan. Di bawah program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK), PKINK telah menganjurkan Seminar Kesedaran Pensijilan Halal Kepada Usahawan di Hotel Grand Riverview di sini pada hari ini.
Program yang dihadiri 100 orang usahawan Kelantan ini hasil kerjasama di antara PKINK dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi memberi penjelasan kepentingan...