KUNJUNGAN HORMAT HRD CORP KE PKINK
KOTA BHARU, 16 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di Bilik Mesyuarat Utama PKINK di sini semalam.
HRD Corp merupakan suatu badan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang berperanan melaksanakan program-program pembangunan dan latihan kemahiran untuk tenaga kerja seluruh Malaysia.
Rombongan yang diketuai oleh Puan Wan Yon Shahima binti Wan Othman, Head of Department HRD Corp HQ membincangkan peluang-peluang program dan latihan yang dapat diadakan...