warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

SEMINAR KESEDARAN PENSIJILAN HALAL USAHAWAN KELANTAN

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 13 Okt - Pembangunan Usahawan merupakan antara teras usaha Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam membangunkan ekonomi Negeri Kelantan. Di bawah program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK), PKINK telah menganjurkan Seminar Kesedaran Pensijilan Halal Kepada Usahawan di Hotel Grand Riverview di sini pada hari ini.
 
Program yang dihadiri 100 orang usahawan Kelantan ini hasil kerjasama di antara PKINK dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi memberi penjelasan kepentingan perusahaan tempatan memiliki pensijilan halal.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YABrs. Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK. "Selain LASAK, PKINK juga melaksanakan Program Transformasi Entrepreneur (PARTNEUR) yang menekankan 3P: Pembangunan Usahawan, Pembudayaan Usahawan dan Pemerkasaan Usahawan sebagai sebahagian usaha membantu usahawan tempatan Kelantan membangunkan perusahaan."
 
Menurut Haji Ab Aziz juga, "Usahawan tempatan Negeri Kelantan haruslah merebut peluang mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia ini agar perniagaan dan perusahaan yang dijalankan setaraf syarikat-syarikat di peringkat kebangsaaan serta antarabangsa."
 
YBrs. En Chek Zainuddin bin Chek Jusoh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor (BPFV), KUSKOP yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PKINK, berkata dalam ucapannya, "Pensijilan Halal Malaysia amat penting bagi mana-mana perusahaan memandangkan sijil ini merupakan pra-syarat kepada pelbagai manfaat dan kelebihan yang ditawarkan dalam inisiatif-inisiatif Kerajaan Malaysia."
 
Turut hadir, Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman, Pengurus Ushawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan PKINK; En Che Wan Muhammed Salleh bin Wan Adnan, Timb. Setiausaha BPFV, KUSKOP serta Puan Ku Nurfarah Zahirah binti Ku Abdul Rahman, Ketua Penolong Setiausaha BPFV, KUSKOP.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today254
Yesterday829
This week2829
This month4711
Total719518

2022-12-09

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas