PKINK Rai Anak Yatim Sempena Bulan Ramadhan
KOTA BHARU 24 Mei – KEDATANGAN bulan Ramadan sangat dinantikan oleh setiap mukmin. Ini kerana bulan Ramadan banyak kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. Salah satu amalan yang dijanjikan ganjaran adalah dengan bersedekah.
Sedekah adalah sesuatu pemberian yang dilakukan dengan ikhlas tanpa dibatasi oleh jumlah tertentu dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah.
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bukan setakat sinonim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab membangunkan negeri Kelantan bahkan juga giat melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi...