Accessibility Tools

Skip to main content

Kejohanan Sukan Dart Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2019 Kukuhkan Semangat Perpaduan

KOTA BHARU 30 Mac – Kejohanan Sukan Dart Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2019 anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dengan kerjasama Pauh Dal Kelab (PDK) telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan itu melibatkan 100 regu daripada hampir seluruh negeri berjaya memupuk perpaduan dan menyemai semangat kerjasama dan kesukanan didalam diri setiap pemain selain memastikan Kejohanan Sukan Dart ini selari dengan garis panduan patuh Syariah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Zuraidin...

Continue reading

Ceramah Pengukuhan Mantapkan Pemahaman Anggota Syarikat Kumpulan PKINK

KOTA BHARU 27 Mac : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memperluaskan pendedahan dan kefahaman kepada anggota Syarikat Kumpulan mengenai tema utama kerajaan negeri Kelantan bagi mendepani cabaran tahun 2019 melalui ceramah pengukuhan tema amanat tahun baharu 2019 yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK), Haji Zulqarnain Hassan, bertempat di Dewan 202, Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, pagi tadi. Ceramah mengenai “Pengurusan Ihtirafi Tunjang Kesejahteraan” ini adalah sebahagian daripada siri pemahaman kepada penjawat awam negeri Kelantan termasuk...

Continue reading

Ceramah Pengukuhan Mantapkan Pemahaman Anggota PKINK

KOTA BHARU 3 Mac : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memberi pendedahan dan kefahaman kepada anggota mengenai tema utama kerajaan negeri Kelantan bagi mendepani cabaran tahun 2019 melalui ceramah pengukuhan tema amanat tahun baharu 2019 yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Ustaz Asri Daud, bertempat di Bilik Operasi Bangunan PKINK di sini, pagi tadi. Ceramah mengenai “Pengurusan Ihtirafi Tunjang Kesejahteraan” ini adalah sebahagian daripada siri pemahaman kepada penjawat awam negeri Kelantan termasuk Kumpulan PKINK mengenai tema utama kerajaan...

Continue reading

Kumpulan PKINK Bina Bangunan Baharu Pondok Maheliah Geting

PENGKALAN KUBOR 28 Feb – Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membantu Pondok Meheliah Geting membina pondok teres 5 pintu sebagai satu sokongan kepada kerajaan negeri yang berusaha memberikan fasiliti terbaik kepada institusi pendidikan di negeri ini bagi melahirkan lebih ramai agamawan yang mampu menguasai pelbagai cabag ilmu termasuk Pendidikan moden. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Wan Roslan Wan Hamat berkata, Kumpulan PKINK meneruskan konsep dasar berkebajikan yang diamalkan di Kelantan sejak era Tok Guru Nik Aziz lagi. “Terima kasih kepada...

Continue reading

Lawatan Pemantauan Korporat Ke SPP Development Sdn Bhd

KOTA BHARU 19 Feb – Pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melakukan lawatan pemantauan korporat kedua yang dikendalikan oleh Bahagian Perancangan Korporat pada tahun ini ke SPP Development Sdn Bhd kelmarin. Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat berhubung dengan prestasi semasa syarikat disamping mengeratkan lagi hubungan antara Pengurusan Perbadanan dengan syarikat anak dalam Kumpulan PKINK. Justeru itu, sesi pembentangan berhubung profil syarikat, operasi, projek yang sedang dijalankan dan perancangan projek telah diadakan. Lawatan ke tapak projek juga turut...

Continue reading