KPPB Cipta Sejarah Syarikat Pertama di Kelantan Terima Sijil MSPO
GUA MUSANG: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikat Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB) berjaya memperolehi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan merupakan satu-satunya syarikat di Kelantan yang berjaya memperoleh sijil tersebut.
Sebanyak enam ladang di bawah KPPB dan sebuah kilang pemprosesan buah tandan segar bagi penghasilan minyak sawit mentah dan isi rong menerima sijil MSPO.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, sijil tersebut amat bermakna kerana menjadi satu piawaian kebangsaan ditetapkan oleh kerajaan yang wajib dilaksanakan...