Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK Beri Sumbangan Kepada Masjid Muflihin

DABONG : Warga Madrasah Tarbiah Al-Aulad Pondok Sungai Kenerong melafaz syukur di atas sumbangan 42 bidang tikar yang diterima dari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk kegunaan Masjid Muflihin yang terletak di kawasan pondok tersebut. Sumbangan yang telah disampaikan oleh Shukeri Ismail, Pegawai Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus kepada Pengerusi Pondok itu, Mohd Samsuddin Dollah di Pondok Sungai Kenerong, Kampung Stong, Dabong pada 31 Oktober lalu. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat...

Continue reading

LASAK 2.31 : Bengkel eCommerce - Shopee

KOTA BHARU : Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) telah menganjurkan Bengkel eCommerce - Shopee bertempat di Bilik Seminar Kelantan ICT Gateway, UTC Kelantan pada 29 Oktober 2019. Bengkel yang telah dihadiri oleh 30 peserta dari seluruh Negeri Kelantan ini dikendalikan oleh Coach Zulhazri Azmi yang merupakan antara Top 3 Best Master Trainer program e-Usahawan dan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran. Bengkel yang diadakan melalui inisiatif...

Continue reading

ANGGOTA PKINK DAN PMBK DI TERAPKAN ILMU PENGURUSAN KEWANGAN BERDASARKAN PENGAUDITAN PEMATUHAN

KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Audit Dalaman Kumpulan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan dengan kerjasama Bahagian Audit Dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Berdasarkan Pengauditan Pematuhan bertempat di Dewan 202, Kelantan Trade Centre (KTC), di sini baru-baru ini.Kursus yang dihadiri oleh lebih 70 peserta daripada anggota Kumpulan PKINK dan PMBK ini dikendalikan oleh Pengarah Sektor Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM), Johari Ismail yang menekankan...

Continue reading

PROTUNE CUNGKIL BAKAT USAHAWAN MUDA

BESUT 17 Oktober : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa (BUIPA) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan(JPN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNE) Peringkat Negeri Kelantan 2019 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Besut, Terengganu pada 14-17 Oktober lalu. Program yang disertai oleh 21 buah sekolah itu melibatkan 9 buah sekolah di bawah JPN dan 11 buah sekolah di bawah YIK dengan penglibatan seramai 42 guru...

Continue reading

Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan

KOTA BHARU 13 Okt : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan. Majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK bertujuan untuk meraikan persaraan dan mengenang jasa Rahmat Hassan, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Penolong Jurutera Gred JA38, Mohd Asiff Mohd Idris, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Pembantu Tadbir Gred N26 dan Mohd Zali Mat, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Pembantu Tadbir Gred N26. Majlis yang disambut suasana sederhana tapi penuh pengertian itu dimeriahkan dengan...

Continue reading