Peserta Khatan Dirai Bagai Raja Sehari
KOTA BHARU, 15 Dis : Seramai 50 orang anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dirai bagaikan raja sehari apabila diarak membonceng motosikal berkuasa tinggi sejauh lima kilometer menuju ke Program Sunathon Amal I Kasih 2019 anjuran bersama Rantaian Kasih Malaysia Cawangan Kelantan (i-Kasih Kelantan) dan Gabungan NGO Hadapan Kelantan (GOHEKelate) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dan beberapa NGO yang terlibat di sini.Anak-anak turut disuap pulut semangat dan dimandikan dengan semburan air daripada jentera Bomba dari Balai Bomba dan...