Accessibility Tools

Skip to main content

Kecekapan Komunikasi Anggota Kumpulan PKINK Ditingkatkan Melalui Penganjuran Kursus Komunikasi Berimpak

KOTA BHARU : Komunikasi adalah penting dalam organisasi sama ada dalam situasi formal ataupun tidak formal. Kaedah komunikasi yang baik dapat memastikan penyaluran sebarang maklumat dalam organisasi adalah tepat. Selain itu, kepimpinan yang berkualiti juga banyak bergantung kepada rantaian komunikasi yang efektif di mana setiap arahan dapat disampaikan dengan jelas ke arah menggerakkan misi dan visi organisasi. Sekiranya masalah komunikasi berlaku, maka kelancaran gerak kerja dan hala tuju sesebuah organisasi akan terbantut. Menyedari hakikat betapa pentingnya komunikasi dalam sesebuah...

Continue reading

Anggota PKINK Diseru Sentiasa Berdisiplin Dan Bersungguh-sungguh Dalam Melakukan Tugasan

KOTA BHARU 9 Mac : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sentiasa berusaha melengkapkan anggota dengan ilmu agama kerana ia dapat menjadi panduan dan peringatan kepada semua anggota supaya sentiasa berdisiplin dan ikhlas dalam perjuangan serta bersungguh-sungguh dalam membuat sebarang tugasan yang diarahkan. Salah satu usaha yang dibuat adalah melalui siri pertama Tazkirah Bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), bertempat di Bilik Operasi Tingkat 10, Bangunan PKINK di sini, semalam. Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mat Sulaiman telah...

Continue reading

NASI NEKA MENU TRADISIONAL RARE DI HOTEL AL-ANSAR

  Jika anda mahukan kelainan atau ‘rare’ dalam rasa masakan tradisional Melayu Kelantan, Hotel Al-Ansar ada jawapannya.   Hotel Ansar menyajikan makanan fusion Malaysia yang enak dengan memberi fokus kepada hidangan tradisi negeri ini berasaskan nasi dan ulam-ulaman kampung.    Antara keunikan masakan Hotel Al-Ansar adalah menu ‘Nasi Neka’. Ia dihidang dengan nasi putih bersama 5 jenis lauk pauk. Ianya mampu menggamit memori anda ketika menjamu selera di kampung. Hidangan menjadi cukup sempurna apabila disaji dengan ulam-ulaman, beraneka kerabu dan budu. Pasti...

Continue reading

MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI ANGGOTA PERBADANAN

KOTA BHARU 16 Feb : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan bertempat di Bilik Operasi, Bangunan PKINK. Majlis ini bertujuan untuk meraikan persaraan dan mengenang jasa Encik Rusli Ismail yang telah berkhidmat selama 39 tahun di PKINK. Jawatan terakhir yang disandang beliau adalah sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Bahagian Projek & Sumber Asli. Majlis yang disambut dengan suasana sederhana tapi penuh bermakna dimeriahkan dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus serta ucapan...

Continue reading

LASAK 2.38 – SEMINAR PROTALK RAHSIA MENJUAL OFFLINE/ONLINE

KOTA BHARU - 15 FEBRUARI 2020 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan melalui Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa telah mengadakan Seminar ProTalk Rahsia Menjual Offline/Online bertempat di Bilik Operasi PKINK, Bangunan PKINK. Seminar ini dikendalikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Encik Syafiq Fadeli daripada ProTalk Success Training Consultant.  Seminar ini merupakan salah satu pengisian daripada Program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK PKINK) yang dianjurkan oleh PKINK dalam usaha memberi latihan dan kemahiran kepada bakal usahawan dan...

Continue reading