warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KUALA TERENGGANU, 17 Jul – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Ab Aziz Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Haji Wan Adnan Wan Derahman telah menyertai program Kayuhan Ukhuwah PMINT - PKINK 2022 di Perkarangan Bangunan PMINT di sini, semalam.
 
Lebih menarik, Kayuhan yang membabitkan 100 peserta dari PKINK dan PMINT turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengurusan Kumpulan PKINK dan PMINT.
 
Walaupun hujan renyai, kesemua peserta berbasikal berjaya menamatkan kayuhan sejauh 29 kilometer di sekitar bandar raya ini.
 
Wan Adnan berkata, Program Jalinan Ukhuwah PKEN yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan Kejohanan Futsal Empat Penjuru dan Kayuhan Ukhuwah PMINT - PKINK.
 
"Aktiviti sebegini selain menyihatkan badan serta membantu menjana ekonomi dan industri pelancongan tempatan secara tidak langsung dapat memupuk budaya hidup sihat di kalangan penjawat awam.
 
"Program ini juga mencapai matlamat untuk merapatkan hubungan antara PKEN dan diharap ia dapat diteruskan pada masa hadapan," katanya.
 
Sementara itu, Ab Aziz berkata, program ini merupakan kunjungan balas PKINK bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara PKINK dan PMINT.
 
"Melalui program kayuhan berbasikal ini, selain dapat mengenali lokasi menarik dan menikmati keindahan negeri pesisir pantai ini, ia juga dapat mengeratkan hubungan ukhuwah antara dua PKEN.
 
"Program ini turut menyatukan dua negeri serta memperkukuhkan aspek ekonomi negeri khususnya," katanya.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive

Kota Bharu, 4 Julai - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan delegasi Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMMSB) yang hadir untuk lawatan kerja dan Pengkongsian Pengalaman dengan PKINK dalam menguruskan hasil mineral di Kelantan.

YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dalam ucapannya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat rombongan SMMSB yang diketuai oleh YABrs En Jontih Enggihon, Ketua Pegawai Eksekutif SMMSB kerana sudi bertandang ke PKINK untuk mendengar perkongsian pengalaman PKINK dalam menguruskan sumber Mineral di Kelantan dan berharap agar persinggahan ini membawa kebaikan dan manfaat untuk pembangunan ekonomi bagi kedua-dua negeri.

Di akhir majlis, kedua-dua agensi saling bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenangan bersempena lawatan kerja ini.

Turut hadir, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan PKINK, Pn Hajjah Nik Farzimar Nik Omar, Pengurus Projek dan Sumber Asli Industri Kumpulan, serta deligasi SMMSB

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 30 Jun - Menyahut seruan Kerajaan Persekutuan, Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) DIY telah mula dijalankan di peringkat Kerajaan Negeri Kelantan. Justeru, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menganjurkan Taklimat dan Kursus Audit Dalam Pelaksanaan EKSA DIY untuk anggota PKINK di Bilik Operasi hari ini.
 
Taklimat dan kursus tersebut telah dikendalikan oleh YBrs Pn Nur Hidayah binti Ramli, Fasilitator EKSA DIY Negeri Kelantan. Dalam taklimatnya, Pn Nur Hidayah menjelaskan bahawa Pelaksanaan EKSA DIY ini merupakan penjenamaan semula kepada Pelaksanaan 5S yang telah dilaksanakan sebelumi ini.
 
Turut hadir YBrs Pengurus Kanan Pengurusan Sumebr Manusia Kumpulan PKINK, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 29 Jun - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat cakna akan kebajikan Institusi Pendidikan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS). Melalui Yayasan Iktisad Darulnaim (YID), PKINK telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Sekolah dan PMKS di Dewan Makan VIP, PKINK pada hari ini.
 
Majlis ringkas itu telah disempurnakan oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus. Sumbangan telah disampaikan kepada SMU (A) Istiqamah, Badang; Maahad Pengajian Islam; SMU (A) Ismailiah; Pengusaha Kek, Biskut dan Popia Basah; dan Kejuruteraan Yie Kg Kutan dalam bentuk wang tunai bagi tujuan kemudahan peralatan dan pembangunan pihak penerima.
 
Tuan Haji Ab Aziz, dalam ucapannya, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima yang berjaya terpilih daripada permohonan-permohonan yang telah diterima.
 
Turut hadir Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus Kanan Perundangan & Integriti Kumpulan, Pn Hajah Ahlaami Abd Halim; Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman; serta Pengurus Audit Dalaman Kumpulan, En Zainul Amin Mat Zin.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 28 Jun - Pembangunan usahawan tempatan di antara peranan utama yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan hampir RM140,000 telah dibelanjakan bagi membantu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) sejak tahun 2020. Semalam, YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Syafiq's Cake Confessions di Bangunan KBCP, Kota Bharu.
 
En Mohd Syafiq Mohd Hasnan merupakan pengasas Kedai Kek Syafiq's Cake Confessions. Pada tahun 2018, beliau mendirikan sebuah syarikat (enterprise) bernama Shafiq Artis Pastry. Kemudian, beliau telah mendapat bantuan peralatan dari PKINK berbentuk Double Decker Oven dan 5kg Mixerpada tahun 2020. Kini, pendapatan beliau mencecah RM15,000 sebulan.
 
Dalam ucapannya, Tuan Haji Ab Aziz merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemilik Syafiq's Cake Confessions itu dan mendoakan keberkatan dan kerahmatan dalam setiap kejayaan yang diperolehi di masa akan datang. En Mohd Syafiq merupakan antara usahawan yang berjaya dan cemerlang di bawah bimbingan Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa PKINK yang diketuai oleh YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman.
 
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today882
Yesterday1690
This week5392
This month882
Total771647

2023-02-01

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas