SYARIKAT LADANG SUNGAI TERAH SDN BHD TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG KUMPULAN PKINK TAHUN 2024
KOTA BHARU, 7 Sept – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Penarafan Bintang dan Perkhidmatan Cemerlang (APC) Syarikat Anak Kumpulan PKINK 2024 di Dewan Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu hari ini. Majlis ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada warga Kumpulan PKINK serta Syarikat Anak Kumpulan yang telah mencapai prestasi cemerlang pada tahun 2024.
Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd. (SLST) telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang manakala Syarikat Infra Quest Sdn. Bhd. (IQSB), Kelstone Sdn. Bhd. (KSB), Kompleks Perkayuan...