PKINK TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA EXCO KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN KELUARGA & WANITA NEGERI KELANTAN
Kota Bharu, 17 Jun 2025 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini menerima kunjungan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Rohani Ibrahim, bersama-sama delegasi Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Negeri Kelantan, bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK.
Kunjungan ini disambut oleh YABhg. Dato’ Sr Haji Zamri Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, bersama-sama barisan pengurusan PKINK.
Pertemuan ini membincangkan beberapa agenda penting melibatkan pembangunan sosial dan komuniti, terutamanya...