warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa telah mengadakan kursus Training of Trainers kepada guru pembimbing Program Tunas Niaga (PROTUNe) pada 30 Mac hingga 1 April lalu bertempat di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor.
 
Kursus ini bertujuan untuk membimbing secara komprehensif guru-guru yang terlibat dengan program PROTUNe bagi tahun 2022 agar memberi maklumat yang lebih jelas kepada guru-guru mengenai konsep perniagaan dalam program PROTUNe.
 
Kursus yang melibatkan 40 buah sekolah yang terdiri daripada 20 buah sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan 20 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) ini telah dikendalikan oleh Wan Mohd Allif Wan Zainal Rashid dari Akademi PKNS Sdn Bhd.
 
Pelbagai Teknik penjanaan idea perniagaan, proses pembentukan syarikat dan faktor penarik sebagai usahawan serta membentuk imej usahawan yang berjaya telah dikongsikan untuk memastikan PROTUNe mencapai objektif yang diinginkan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Ab Aziz Yunus semasa merasmikan majlis perasmian penutup kursus mengingatkan peserta agar memberi kerjasama dan komitmen untuk mencapai objektif dan memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar dan semoga aktiviti keusahawanan di sekolah-sekolah diteruskan secara berterusan.
 
“Adalah penting untuk setiap peserta memberi komitmen kerana sehingga kini sebahagian besar belanja telah dikeluarkan oleh PKINK bagi pelbagai program PROTUNe untuk memastikan para peserta PROTUNe berkebolehan untuk merancang, mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih maju, bersistem dan menguruskannya secara strategik dengan berpandukan kaedah bersyarikat dan rancangan perniagaan yang sebetulnya,” katanya.
 
Turut hadir, Pengarah YIK, Haji Engku Rajhan Engku Ismail, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid JPN Kelantan, Haji Mashadi Dato’ Haji Mustafa dan Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Kumpulan PKINK, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 3 Apr – Sempena Ihya' Ramadan 1443, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menganjurkan Program Tadarus Al-Quran anggota PKINK di Surau Raudhatul Iman, PKINK bermula hari ini. Program ringkas ini diadakan pada jam 12.45 tengah hari dengan bacaan Al-Quran oleh Qari yang dilantik, kemudian diakhiri dengan Ulasan Tajwid oleh YBrs. Al-Fadhil Ust Rusdi bin Yaacob sebelum menunaikan Solat Zuhur berjemaah.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 30 Mac - Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan Ceramah Bersempena Menyambut Ramadan 1443 (Siri 1) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK semalam. Majlis ringkas ini bermula pada jam 12.30 tengah hari dan berakhir dengan solat Zuhur berjemaah melibatkan seluruh anggota PKINK.
 
Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Azariza bin Mohd Alawi, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Al-Fadhil Ustaz menekankan bahawa teramat rugilah bagi mereka yang bersama bulan Ramadan yang mulia ini hingga ke akhirnya dan keluar dari bulan Ramadan tanpa secebis pengampunan daripada Allah SWT.
 
Program ini turut disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook PKINK.
Turut hadir, YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 27 Mac - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama SPRM di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan pada hari ini.
 
Program setengah hari ini dibahagi kepada dua (2) sesi yang melibatkan 75 orang peserta dalam kalangan anggota pengurusan PKINK, Pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan serta Pengarah Jabatan-jabatan Negeri yang lain. Program dimulakan dengan sesi ceramah dari pihak SPRM dan diteruskan lagi dengan sesi kedua iaitu dialog di antara Pengarah SPRM Kelantan, KPKPj Rosli Husain dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus.
 
"Prinsip Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan telah lama menjadi tiang seri dalam pemantapan integriti dan pencegahan rasuah di PKINK" ujar Haji Ab Aziz.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kelantan, PPj Azizi Abdul Latif; Penguasa SPRM Kelantan, Ps Wan Siti Junaida Ismail; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 26 Mac – Tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan Program Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 hari ini dan tentunya ia memberikan peluang ke arah kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pada masa-masa akan datang.

Majlis pelepasan Program Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 yang melibatkan peserta seramai 65 orang itu telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Hj Abdul Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Mejar (K) Wan Adnan Bin Wan Derahman, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En.Ahmad Nazri bin Hj Ismail, Ketua Pegawai Operasi PMINT, En. Azmal bin Azaddin, Pengurusan PKINK dan PMINT serta anggota kedua-dua Perbadanan.

Kayuhan sejauh 26 km yang bermula jam 8.30 pagi dari Bangunan PKINK telah melalui jalan Pengkalan Chepa, seterusnya menyusuri jalan belakang kem menuju ke Kg. Kedai Buloh dan berhenti rehat di check point Medan Ikan Bakar Kedai Buloh. Kayuhan seterusnya disambung semula pada jam 9.30 pagi melalui jalan Penambang dan berakhir di Bangunan KALA Sentral, Dataran Muhammadi.

Majlis penutup Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 seterusnya diakhiri dengan jamuan makan dan majlis bertukar-tukar cenderahati tanda kenang-kenangan di antara kedua-dua Perbadanan. Dalam ucapan penutup, En. Ahmad Nazri Hj. Ismail yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK antara lain berharap agar kayuhan ukhuwah ini walaupun secara santai, Insya-Allah ia dapat mengeratkan ukhuwah dan hubungan di antara dua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan turut mengeratkan hubungan di antara anak-anak syarikat kedua-dua Perbadanan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today889
Yesterday1690
This week5399
This month889
Total771654

2023-02-01

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas