Accessibility Tools

Skip to main content

SESI BRAINSTORMING PUSAT PERUBATAN AN-NISA’

KOTA BHARU, 17 Mei – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), melalui syarikat anak, Hostcare Sdn Bhd telah mengadakan satu sesi brainstorming Pusat Perubatan An-Nisa' bagi membincangkan idea, pandangan serta strategi ke arah memperkukuhkan pusat perubatan berkenaan, termasuk meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Antara yang hadir ialah YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, selaku Pengerusi Hostcare Sdn Bhd, YABhg. Dato’ Sr. Haji Zamri bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, selaku Pengarah Eksekutif Hostcare Sdn Bhd, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Hostcare Sdn Bhd  serta panel jemputan yang terdiri daripada pakar-pakar industri kesihatan.

Sesi brainstorming tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan pengurusan operasi, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan Pusat Perubatan An-Nisa’ serta meneroka peluang baharu yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan  kewangan yang mampan.

Selain itu, sesi perbincangan turut menyentuh aspek kerjasama strategik, pemasaran perkhidmatan kesihatan serta pendekatan inovatif dalam memenuhi keperluan pesakit selaras dengan perkembangan semasa industri perubatan negara.

Program seumpama ini diharapkan dapat menjadi pemangkin dan platform terbaik dalam merangka hala tuju yang lebih progresif dan berdaya saing bagi memastikan Pusat Perubatan An-Nisa' terus berkembang sebagai sebuah institusi kesihatan patuh syariah yang diyakini serta menjadi pilihan masyarakat.