warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU- 8 FEBRUARI 2020 - Kesinambungan Program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) PKINK yang diuruskan oleh Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa PKINK diteruskan untuk tahun ketiga.  Program ini membuka tirai bagi tahun 2020 dengan penganjuran LASAK 2.37 Bengkel YouTuber yang dikendalikan oleh penceramah jemputan Encik Wan Muhammad Asraff Wan Jeffery, Pengurus Eksekutif Jualan Monaliza & Mastura Enterprise Sdn Bhd.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Muhammad Syafiq Ibrahim selaku Penolong Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa PKINK. Program ini mendapat sambutan daripada golongan usahawan dengan jumlah penyertaan seramai 28 orang.  Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai teknik penghasilan video, mengenali channel Youtube yang baik dan bagaimana YouTube dapat menjana dan menambah pendapatan Youtuber yang mana semua peserta diberikan sijil penyertaan mereka.

Peserta yang mengikui latihan kali ini berpeluang memanafaatkan teknologi ICT untuk penyediaan iklan dan media pemakluman yang berkesan yang memberi impak tarikan serta penyampaian yang baik kepada produk dan perkhidmatan mereka.

 

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA TERENGGANU, 1 Feb : Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada tahap pengetahuan, kecekapan dan kemahiran anggota organisasi dalam melaksanakan tugas. Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Minit Mesyuarat Berkualiti bagi memastikan sebarang dokumen yang dihasilkan adalah berkualiti.
 
Kursus tiga hari yang bermula pada 30 Januari hingga 1 Februari 2020 bertempat di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu telah dikendalikan oleh Encik Mat Zizi Ismail dan Puan Sapinah Zakaria dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands. Pelbagai teknik penulisan dan ilmu bahasa telah dikongsikan untuk memastikan setiap penulisan dokumen mencapai objektif yang diinginkan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Ab Aziz Yunus semasa merasmikan kursus mengingatkan peserta bahawa pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting. Dokumen dari hasil penulisan yang berkualiti akan membantu pihak pengurusan memahami setiap cadangan yang dikemukan seterusnya melancarkan gerak kerja bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti di Perbadanan.
 
“Adalah penting untuk setiap anggota yang terlibat di dalam tugasan menyediakan dokumen mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran penulisan yang baik. Ianya bertujuan bagi memudahkan tugas penyediaan surat atau dokumen rasmi mempunyai maksud yang jelas dan memberi imej yang baik kepada PKINK,” katanya.
 
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail.
Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 23 Januari : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Bin Yunus telah menyampaikan amanat tahun 2020 kepada pengurusan dan anggota Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dalam Majlis Ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK 2020 yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre hari ini.

Warga Kumpulan PKINK diseru supaya menghayati Strategi Lautan Hijau yang mana di dalamnya terdapat Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 yang menjadi rujukan dan panduan utama bagi Kumpulan PKINK dalam merangka hala tuju dan strategi bagi mendepani cabaran pada tahun 2020.

Strategi Lautan Hijau merupakan integrasi dari tiga nilai di mana nilai sosial, nilai ekonomi dan nilai alam sekeliling yang saling berkaitan antara satu sama lain. Melalui strategi ini Kumpulan PKINK bergerak ke hadapan sebagai agensi utama yang memacu nilai ekonomi sekali gus membawa nilai sosial ke tahap yang lebih tinggi dengan penglibatan rakyat dalam setiap aktiviti perniagaan. Di samping itu, setiap aktiviti yang dijalankan adalah mengambil kira kepentingan alam sekitar yang menjadi nadi kepada kehidupan masyarakat yang makmur dan sejahtera.

Ab Aziz berkata Kumpulan PKINK menggariskan tiga fokus utama merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri sebagai pemegang taruh utama Kumpulan PKINK iaitu pelaksanaan transformasi syarikat anak, peningkatan penjanaan hasil pendapatan dan merakyatkan ekonomi ummah.

Sasaran utama Kumpulan PKINK pada tahun ini adalah memastikan semua aktiviti syarikat kumpulan bergerak dengan fokus dan bertepatan dengan islah dalam pembangunan mampan yang menzahirkan kesejahteraan dan memberi keberkatan kepada semua. Melalui penubuhanan Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK yang memantau perjalanan aktiviti perniagaan Kumpulan PKINK supaya sentiasa bertepatan dengan pentadbiran Islam di mana keadilan ditegakkan, kebajikan dipenuhi, keamanan dinikmati dan kemajuan dikecapi.

Kumpulan PKINK pada tahun ini turut mensasarkan pendapatan lebih tinggi dalam setiap sektor perniagaan pada tahun ini dan terus memberi impak yang besar kepada perkembangan pembangunan di Negeri Kelantan.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 15 Dis : Seramai 50 orang anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan dirai bagaikan raja sehari apabila diarak membonceng motosikal berkuasa tinggi sejauh lima kilometer menuju ke Program Sunathon Amal I Kasih 2019 anjuran bersama Rantaian Kasih Malaysia Cawangan Kelantan (i-Kasih Kelantan) dan Gabungan NGO Hadapan Kelantan (GOHEKelate) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dan beberapa NGO yang terlibat di sini.

Anak-anak turut disuap pulut semangat dan dimandikan dengan semburan air daripada jentera Bomba  dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu sebelum dikhatankan beramai-ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK merangkap Penaung KSKK PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, PKINK amat menyambut baik inisiatif penganjuran program ini kerana sebagai muslim, kita amat digalakkan untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama masyarakat muslim terutamanya  melalui program dan aktiviti yang melibatkan masyarakat.

Menurutnya juga, tanggungan kos berkhatan itu dibiayai sepenuhnya oleh NGO yang terlibat melalui kutipan sumbangan syarikat korporat dan orang ramai.

"PKINK sentiasa membuka ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menganjurkan program bersifat dakwah dan kebajikan kerana itu adalah tanggungjawab sosial korporat kami untuk masyarakat bagi memperkukuhkan hubungan baik antara pihak kerajaan, NGO dan masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sunathon Amal I Kasih 2019 di Sekolah Kebangsaan Abdul Hadi, Kampung Banggol, semalam.

Sambutan ibu bapa dan penduduk kampung amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 500 orang ke program ini yang turut menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah dan lain-lain acara sampingan

Turut hadir sama, Pengerusi i-Kasih Kelantan, Lokman Ishak, Pemangku Yang DiPertua KSKK PKINK, Nor Azuwan Salleh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abdul Hadi, Wan Badruddin Wan Omar, Imam Masjid Sultan Ismail Petra, Mukim Banggol, Muhammad Ammar Azlan dan Pengerusi-pengerusi NGO di bawah GOHEKelate.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 11 Dis : Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. (KIGSB) sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Symphonet Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi membangunkan program dan projek Inisiatif Digital Kelantan.

KIGSB telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai agensi utama dan rakan strategik bagi pembangunan ICT negeri sekaligus bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau pembangunan industri ICT di Negeri Kelantan.

KIGSB juga merupakan pelaksana kepada Pelan Halatuju ICT Negeri dan bertanggungjawab dalam melaksanakan beberapa program dan projek utama dalam kerangka Inisiatif Digital Kelantan terutama berkaitan pembangunan Ekonomi Digital, Bandar Pintar dan juga pembangunan Mini Lembah Silikon.

Manakala Symphonet Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui projek ‘Kelantan Net Gigabit Metro-E Network’ yang meliputi seluruh jajahan Negeri Kelantan. Symphonet Sdn Bhd juga merupakan peneraju kabel gentian optik di kawasan Kota Bharu dan Negeri Kelantan.

Perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Pengurus Besar KIGSB, Mohd Roslan Mohd Zain Bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Symphonet Sdn Bhd, Dato’ Baharum Salleh disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah KIGSB, Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dan Pengerusi Symphonet Sdn Bhd, Haji Ghaus Ismail di Bilik Jamuan VIP, Bangunan PKINK hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, MOU ‘Kelantan Digital Initiatives’ ini secara langsung akan memfokuskan kepada kerjasama dalam pembangunan ekonomi digital dan industri ICT di Kelantan melalui beberapa program dan projek yang telah dikenalpasti oleh KIGSB, antaranya KALA Shop, Kelantan Pay dan pembangunan e-sukan.

Menurutnya, projek ini juga turut menyediakan perkhidmatan ‘Cloud’ bagi menyokong pembangunan pusat data mini, penyediaan ekosistem digital yang kondusif untuk pembangunan bandar digital atau bandar pintar.

" Pembangunan projek mini lembah silikon dan pembangunan infrastruktur jalur lebar bagi menyediakan internet berkelajuan tinggi di UTC Kelantan untuk menyokong pembangunan pusat keusahawanan ‘digital & co working space’.

“Ini sekali gus dapat membentuk dan menghasilkan sinergi dalam memacu pertumbuhan pesat industri ekonomi digital dan ICT di Kelantan," katanya.

Turut hadir ke majlis, ahli-ahli Lembaga Pengarah KIGSB, Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurusan Symphonet Sdn Bhd.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today303
Yesterday686
This week2977
This month18567
Total85307

2020-02-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 26 February 2020, 16:27:05.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas