warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 27 Mei - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengagihkan sebanyak 200 pek makanan berbuka puasa kepada penjaga kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, program yang julung kali diadakan oleh PKINK itu bukan sahaja sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat tetapi bertujuan meringankan beban penjaga kerana terpaksa menunggu pesakit yang menyukarkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa.

“Kami berasa terpanggil untuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa kepada mereka ini sebagai antara Program Ihya’ Ramadan 1440H Komuniti Dan Masyarakat dan berharap ianya mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Pek Makanan Berbuka Puasa PKINK di HRPZ II, Kota Bharu, disini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan merangkap Ahli Lembaga PKINK, Dr Izani Husin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Pengarah HRPZ II, Dato' Dr Selasawati Ghazali, Timbalan Pengarah HRPZ II, Dr Mohd Azman Yacob dan Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan.

Aziz berkata, sebanyak 200 pek makanan diagihkan untuk penjaga pesakit di beberapa wad terpilih di HRPZ II.

“Ini merupakan program kami yang pertama. InsyaAllah, kami akan jadikan program ini sebagai program tahunan kerana berasa bertanggungjawab kepada masyarakat khasnya pesakit dan penjaga pesakit di hospital,” ujarnya.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memberi sumbangan bagi memberi sedikit keriangan serta meringankan beban kepada balu bekas anggota dan anggota yang mempunyai anak istimewa serta petugas am di PKINK.

Menjelang Syawal yang bakal tiba, seramai 13 orang telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YABrs. Haji Ab Aziz Bin Yunus dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK di sini hari ini. Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan, kesyukuran dan rasa tanggungjawab PKINK terhadap warga kerja dan keluarga yang kurang bernasib baik bagi memastikan kebajikan anggota sentiasa dipelihara.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Pengurus-Pengurus Kanan dan Pengurus-Pengurus Bahagian Kumpulan dan anggota2 PKINK.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU – Selain mementingkan kebajikan rakyat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut _memberi perhatian dan keutamaan kepada_ saudara baru di negeri ini.

Seperti tahun sebelumnya, PKINK sekali lagi meraikan pelajar-pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) P Chepa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, sempena bulan Ramadan PKINK mengambil peluang meraikan saudara baru dengan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meraikan saudara baru untuk sama-sama meraikan kehadiran Syawal 1440H.

"Program ini untuk menyatakan saudara baru tidak keseorangan dalam menjalani proses perubahan dalam hidup mereka.

"Ini juga adalah sebahagian daripada program dakwah bagi ahli keluarga mereka yang belum memeluk Islam, dengan menunjukkan keindahan Islam yang tidak memutuskan hubungan kekeluargaan walaupun berbeza agama,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika satu Program Ihya’ Ramadan 1440H Komuniti Dan Masyarakat di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Pengkalan Chepa, di sini baru-baru ini.

Hadir sama di program itu, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail, Pengurus Projek, Sumber Asli dan Industri Kumpulan, Ahmad Hilmi Mohd Nawawi dan Pengetua Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Che Ahmad Che Mahmood.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 24 Mei – KEDATANGAN bulan Ramadan sangat dinantikan oleh setiap mukmin. Ini kerana bulan Ramadan banyak kelebihan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. Salah satu amalan yang dijanjikan ganjaran adalah dengan bersedekah.

Sedekah adalah sesuatu pemberian yang dilakukan dengan ikhlas tanpa dibatasi oleh jumlah tertentu dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bukan setakat sinonim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab membangunkan negeri Kelantan bahkan juga giat melaksanakan kerja-kerja kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, sempena bulan Ramadan PKINK mengambil peluang meraikan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan duit raya.

"Ini satu penghargaan kita kepada anak-anak yatim dan tidak berkemampuan ini, dalam masa yang sama majlis ini sebagai salah satu cara pihak kami memberi balik kepada masyarakat setempat yang kurang bernasib baik.

“Selain bagi memenuhi keperluan Sumbangan Sosial Korporat (CSR), majlis itu juga bagi merai anak-anak yatim itu menyambut Ramadan dan syawal dengan lebih ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika satu Program Ihya’ Ramadan 1440H Komuniti Dan Masyarakat di Rumah Kelab Balkis, Taman Kenangan, di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 26 orang anak yatim Kelab Balkis diberi duit raya selain turut menyumbang kewangan kepada Kelab Balkis untuk tujuan pengurusan.

Hadir sama di majlis itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Ab Rahman, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail, Pengurus Projek, Sumber Asli dan Industri Kumpulan, Ahmad Hilmi Mohd Nawawi, Pengurus Pengurusan Maklumat Kumpulan, Ridzuan Sidek dan Pengurus Kelab Balkis, Mohd Hilmi Abdul Rahman.

Previous Next

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

PASIR MAS 16 Mei : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memberi sumbangan kepada 11 buah masjid di Dun Pengkalan Pasir, Pasir Mas sempena Ramadan tahun ini.

Sumbangan itu disalurkan kepada masjid bagi bantuan pengimarahan dan Ihya’ Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, yang juga ADUN Pengkalan Pasir, Dato' Hanifa Ahmad berkata, beliau berharap dengan bantuan yang disampaikan mampu menjadikan masjid yang terlibat lebih bersedia untuk menghidupkan Ramadan pada kali ini.

“Selain itu, ia mampu membantu mengekalkan lagi tahap keimanan dan ketakwaan setiap umat Islam khususnya pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ringkas pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Masjid di Dun Pengkalan Pasir, Pasir Mas di Pejabat Tindakan Dun, Pasir Mas, di sini. hari ini.

Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan zakat dan sumbangan kain pelikat kepada pengurusan masjid yang terlibat.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today285
Yesterday686
This week2959
This month18549
Total85289

2020-02-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 26 February 2020, 16:27:05.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas