warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 27 Jun – Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kelantan Trade Center (KTC) di sini hari ini meriah dengan kehadiran lebih 3,000 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, sambutan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara Kumpulan PKINK dan rakyat selain menghargai rakyat dan pihak yang terlibat atas sokongan kepada Kumpulan PKINK dalam memacu ekonomi negeri.

“Memang setiap tahun kita adakan sambutan hari raya yang merupakan acara tradisi Kumpulan PKINK, cuma kelainan pada tahun ini adalah perubahan tempat dimana pada sambutan tahun-tahun lalu diadakan di Perdana Resort tapi tahun ini kita adakan di Kelantan Trade Center (KTC).

“Dengan sambutan yang begitu meriah ini, ia menunjukkan rakyat dan PKINK saling melengkapi dan tanda sokongan yang penuh kepada Kumpulan PKINK,” katanya.

Ab. Aziz berkata, dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat, Kumpulan PKINK akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

“Kita juga berharap agar majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala pada masa akan datang,” katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan hari raya di sini hari ini.

Turut memeriahkan majlis, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah.

Jemaah Exco, Ahli Parlimen, Ahli Lembaga Pengarah serta Ketua Jabatan antara kenamaan yang turut hadir menyerikan majlis tersebut.

Pelbagai gerai makanan yang menghidangkan juadah popular seperti kambing golek, sate, roti jala, char kuew tiaw, ketupat, lemang, rendang, rojak buah, nasi arab, lontong dan roti john.

Selain itu, Menteri Besar, diiringi Timbalan Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK turut menyempurnakan gimik hari raya dengan membelah lemang serta menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 23 Jun : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan. Majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK bertujuan untuk meraikan persaraan dan mengenang jasa Ahmad Che Soh yang telah berkhidmat selama 39 tahun. Jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Penolong Jurutera.

Majlis yang disambut suasana sederhana tapi penuh pengertian itu dimeriahkan dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman. Di majlis tersebut juga, Ahmad telah menyampaikan ucapan ringkas dan mendoakan kejayaan PKINK.

Beliau juga turut berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman kerja di PKINK. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata persaraan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Ismail, Pengurus Kanan Pelaburan Kumpulan, Hishamuddin Husein dan Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan, Ahlaami Ab Halim.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

2 Syawal 1440H/6 Jun 2019-YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK bersama isteri berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ust Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang diadakan di Kediaman beliau di Kampung Alor Pasir, Pasir Pekan, Tumpat Kelantan siang tadi.

Rumah Terbuka ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Jabatan. Tidak ketinggalan kehadiran anak-anak Kelantan di perantauan dan penduduk tempatan yang merupakan pengunjung yang sentiasa mewarnai majlis tahunan berkenaan.

Kehadiran rakyat bukan Islam yang ramai sepertimana tahun-tahun sebelum ini menunjukkan hubungan yang harmoni, sifat toleransi dan saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum yang telah sekian lama terjalin. Konsep sebegini juga dapat menarik rahmat dan keberkatan yang datang bersama dengan kunjungan tetamu dan jiran tetangga yang berlainan bangsa dan juga agama.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

TUMPAT 3 Jun : Kanak-kanak adalah antara golongan paling gembira apabila menyambut Aidilfitri. Namun, kegembiraan anak-anak yatim tidak sama dengan anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa di sisi bagi merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) secara berterusan menyantuni dan merai anak yatim sekali gus membawa senyuman untuk anak kecil yang kurang bernasib baik itu.

Untuk kali ini, PKINK menyantuni 43 anak yatim Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa’ Lilbanat Siti Aminah (RAISA), Pasir Pekan.

Kunjungan PKINK turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Zabidah Ab. Hamid (Datin Bentara Kanan) yang mewakili PKINK menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni dan sumbangan kewangan kepada RAISA untuk tujuan pengurusan.

Isteri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Na’imah Badruddin berkata, sumbangan itu diberikan sebagai kebajikan pihak PKINK dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Sumbangan ini juga sebagai simbolik kepada keprihatinan dan rasa tanggungjawab PKINK terhadap anak yatim bagi memastikan kebajikan anak yatim sentiasa dijaga.

“Saya juga berharap agar kita semua menjadikan sedekah ini sebagai satu amalan dalam kehidupan sesuai dengan tuntutan agama selain menyemai rasa tanggungjawab dalam membantu kebajikan dan mengekalkan keharmonian kita semua,” katanya ketika berucap di Program Ihya’ Ramadan 1440H Komuniti Dan Masyarakat di Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa’ Lilbanat Siti Aminah (RAISA), Pasir Pekan, Tumpat, di sini semalam.

Hadir sama di majlis itu, Isteri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Khasaini Daud, Isteri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Rosilawaty Abu Bakar, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Nik Farzimar Nik Omar, Pengurus Kanan Perundangan Dan Integriti Kumpulan, Ahlaami Ab Halim dan Pengurus RAISA, Sufiyah Mubarak.

Sementara itu, Datin Zabidah Ab. Hamid menyambut baik inisiatif penganjuran program ini kerana sebagai umat Islam, amatlah digalakkan untuk kita bersedekah dan seboleh – bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan yang mulia ini.

“Ini adalah platform yang baik untuk kita merasai pengalaman dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama anak yatim. Program seperti ini juga akan memupuk keinsafan dalam diri kita.

“Selain bagi memenuhi keperluan Sumbangan Sosial Korporat (CSR) PKINK, program itu juga bagi merai anak-anak yatim itu menyambut Ramadan dan Syawal dengan lebih ceria,” katanya.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

TANAH MERAH: Salah satu budaya menuntut ilmu dalam Islam adalah Rihlah yang bermaksud meninggalkan tempat kelahiran untuk menuntut ilmu daripada mereka yang alim dalam bidang masing-masing.

Ramai ilmuwan dan agamawan sanggup mengejar ilmu dengan mengembara jauh meninggalkan tanah air dan kampung halaman mereka. Keberkatan ilmu itu menjadikan penuntutnya dimuliakan masyarakat.

Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyantuni warga emas yang menuntut ilmu agama di pondok pengajian agama sebagai satu sokongan kepada warga emas yang berusaha mendalami ilmu agama bagi melahirkan lebih ramai agamawan yang mampu menguasai pelbagai cabang ilmu tanpa batasan usia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, sempena bulan Ramadan PKINK mengambil peluang dengan mempergiatkan lagi kerja-kerja kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan termasuklah warga pondok dan tahfiz.

"Ini satu penghargaan kita kepada masyarakat, dalam masa yang sama program ini sebagai salah satu cara pihak kami memberi balik kepada masyarakat setempat yang perlu dirai.

“Selain bagi memenuhi keperluan Sumbangan Sosial Korporat (CSR), program itu juga bagi merai warga pondok itu menyambut Ramadan dan Syawal dengan lebih ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika satu Program Ihya’ Ramadan 1440H Komuniti Dan Masyarakat di Pondok Darul Ilmi, Bukit Gading, Tanah Merah, di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 200 warga pondok diberi kelengkapan solat dan kit makanan harian.

Hadir sama di majlis itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Ab Rahman, Pengurus Kanan Perundangan Dan Integriti Kumpulan, Ahlaami Ab Halim, Adun Gual Periok merangkap Mudir Pondok Darul Ilmi, Dato’ Mohamad Awang dan Timbalan Mudir Pondok Darul Ilmi, Shairazi Mohammad.

Sementara itu, Dato’ Mohamad Awang bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinaN PKINK terhadap golongan agama dan warga emas.

“Alhamdulillah, semoga dengan sumbangan ini mampu memberi kegembiraan dan keceriaan untuk warga pondok merai Syawal yang bakal kunjung tiba,” ujarnya.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today286
Yesterday686
This week2960
This month18550
Total85290

2020-02-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 26 February 2020, 16:27:05.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas