warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 7 Nov : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Bilik Mesyuarat Lembaga Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perniagaan Francais, Fauzi Awang itu adalah bertujuan untuk merealisasikan jalinan hubungan strategik antara PNS dengan PKINK bagi bersama-sama membantu membangunkan usahawan-usahawan Kelantan.

Pada pertemuan itu juga, PNS menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan PKINK secara khusus berkaitan peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh usahawan-usahawan francais dan usahawan Business In Transformation (B.I.T) dan program BizFrancais kendalian PNS yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada usahawan tentang perniagaan melalui sistem francais.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Ketua Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Francais PNS, Md Nazid Mohd Noor, Ketua Seksyen Promosi, Acara dan Perhubungan Awam PNS, Sharulmizan Rahmat dan Timbalan Pengurus Pelaburan dan Tugas-tugas Khas Kumpulan PKINK, Mohd Rozi Mohd Noor.

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU 5 Nov : Masjid adalah rumah ibadah umat Islam mengerjakan solat dan menjadi tempat berlangsungnya majlis ilmu serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid juga sebagai sebuah institusi ibadah yang berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah.

Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai badan penggerak pembangunan ummah telah membina 6 unit kios usahawan bernilai RM200,000 di perkarangan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Keputeraan) Paloh 2, Chiku, Gua Musang yang dijangka mula beroperasi pada awal bulan Disember nanti.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud berkata, projek pembangunan kios ini adalah bukti kerjasama yang baik antara PKINK dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) serta institusi masjid di negeri ini.

“Kejayaan pembangunan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang melalui projek-projek yang lain antara kedua-dua pihak.

“Pihak kami juga berharap agar kegiatan ekonomi di masjid juga turut dapat membantu mengimbangkan dan mengembangkan ekonomi masyarakat setempat,” katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan Kunci 6 Unit Kiosk di perkarangan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Keputeraan) Paloh 2, Chiku, Gua Musang di sini hari ini.

Serahan kunci kios yang disampaikan kepada Pengerusi Masjid Sultan Ahmad, Nik Badri Nik Ab Aziz itu disaksikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid MAIK, Mohd Afifi Ahmad Ashaari.

Turut hadir, Pengurus Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman, Pengurus Bahagian Khidmat Teknikal Kumpulan, Wan Haidar Amni Nik Mansor dan Bendahari Masjid Sultan Ahmad, Mohd Kasuraidi Deraman.

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus menghadiri sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) yang diadakan di Auditorium Blok B1, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, di sini pada 31 Oktober lalu.

Kumpulan PKINK turut diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan Dan Pembangunan) Kumpulan, Mohamad Nasrif Daud dan Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan, Ahlaami Ab Halim.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dengan menandatangani Ikrar Integriti yang disaksikan lebih 400 warga MEA dan agensi di bawahnya termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Sempena majlis ini juga, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah menerima lafaz ikrar integriti dari warga MEA dan turut menyampaikan Watikah Ikrar Integriti kepada 31 buah agensi di bawah MEA. Ikrar Integriti MEA diperkenalkan bagi meningkatkan iltizam serta memperkukuh pembudayaan integriti dalam pelaksanaan kerja di MEA.

Sejajar dengan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, aspek tadbir urus, integriti dan antirasuah perlu diberikan perhatian dan agenda ini diteruskan dalam penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, Pengarah Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Azhar Noraini yang mewakili Ketua Setiausaha MEA, Dato’ Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua-ketua Agensi di bawah MEA, Pegawai-pegawai Kanan SPRM, Pengarah-pengarah Bahagian serta warga MEA.

 

Sumber dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

BACHOK : Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan telah menganjurkan Kursus Asas Fertigasi bertempat di Pusat Latihan Pertanian Al-Falah KPKB, Wakaf Zin pada 2 November 2019.

Kursus yang dikendalikan bersama Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan Al-Hikmah Consultant ini adalah sebahagian daripada siri Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Kursus yang bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran berkaitan kaedah dan sistem tanaman fertigasi kepada bakal usahawan dan usahawan pertanian adalah salah satu usaha ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara.

Kursus ini memfokuskan tentang teknik pengurusan tanaman, pengendalian selepas tuai, pembungkusan dan pemasaran hasil, tips pengawalan serangga perosak, Standard Operating Procedure (SOP) membaja dan meracun, kaedah membuat Micro Organisms Local (MOL) dan Booster.

Peserta kursus turut diberi penerangan secara teori dan praktikal berkenaan kerja-kerja penyediaan bahan tanaman dan kaedah penanaman fertigasi yang berkesan disamping panduan pemasangan sistem fertigasi serta teknik merangka pelan sistem yang betul.Kursus ini disempurnakan dengan upacara penyerahan sijil kepada para peserta yang hadir sehingga hujung program.

 

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DABONG : Warga Madrasah Tarbiah Al-Aulad Pondok Sungai Kenerong melafaz syukur di atas sumbangan 42 bidang tikar yang diterima dari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk kegunaan Masjid Muflihin yang terletak di kawasan pondok tersebut.

Sumbangan yang telah disampaikan oleh Shukeri Ismail, Pegawai Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus kepada Pengerusi Pondok itu, Mohd Samsuddin Dollah di Pondok Sungai Kenerong, Kampung Stong, Dabong pada 31 Oktober lalu.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi keselesaan kepada jemaah masjid tersebut. Masjid yang masih dalam pembinaan itu juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos menyiapkan pembinaannya.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today622
Yesterday898
This week3912
This month5360
Total165312

2020-08-07

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 05 August 2020, 16:45:02.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas