KOTA BHARU, 25 Okt – Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (DOSM Kelantan) telah mengadakan Klinik eCensus bagi pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Klinik eCensus diadakan bertujuan untuk mendapatkan stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci. Anggota PKINK diberikan invitation code untuk membuat pengisian eCensus secara dalam talian. Puan Wan Nur Hasnarizwa Binti Wan Hasan, Penolong Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (DOSM Kelantan) hadir mengetuai 12 orang anggota DOSM Kelantan hadir mengendalikan klinik ini. Kinik ini juga akan diteruskan di agensi-agensi lain sehingga 21 Disember 2020.
KOTA BHARU, 25 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Bin Yunus telah menghadiri Amanat Khas YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang diadakan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim sempena Majlis Perasmian 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini.
Pada tanggal 21 Oktober 2020, telah genap 3 dekad Negeri Kelantan berada di bawah pentadbiran Membangun Bersama Islam semenjak era kepimpinan Al-Marhum YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang bermula pada tahun 1990.
Dalam amanat beliau, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob menegaskan 2 matlamat utama yang membentuk pemikiran dan pemahaman rakyat terhadap pentadbiran Membangun Bersama Islam selama 30 tahun sebelumnya iaitu: Hirasah Al-Din (menjaga agama) dan Siyasah Al-Dunya Bihi (mentadbir urusan kerajaan berpandukan ajaran Islam).
Turut hadir YB Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Mesteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi JK Induk Sambutan 3 Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam; YB Dato’ Haji Abdullah Bin Yakob, Speaker Dewan Negeri Kelantan; YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
KOTA BHARU, 15 Sept - Aplikasi digital Kelantan Pay yang berfungsi sebagai satu sistem pembayaran bersepadu secara atas talian untuk Kerajaan Negeri Kelantan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan agensi swasta dilancarkan hari ini oleh Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Bin Abdullah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Kelantan ICT Gateway (KIGSB) syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ini dijangka mampu menggalakkan aktiviti ekonomi negeri melalui transaksi bayaran tanpa tunai yang disediakan. Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Play Store untuk pengguna android serta App Store bagi pengguna IOS. Para pengguna boleh membuat pembayaran dalam talian menggunakan kaedah Financial Process Exchange(FPX), kad kredit, kad debit dan e-dompet yang lebih mudah dan cepat di mana-mana sahaja. Dato' Mohd Amar berkata aplikasi ini adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha mempersiapkan Kelantan ke arah transformasi digital dalam perkhidmatan kerajaan. Jelasnya, langkah itu juga selari dengan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kebergantungan terhadap teknologi digital di seluruh negara susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung pandemik COVID-19. “Kerajaan Negeri menyasarkan penggunaan Kelantan Pay akan meningkat dari semasa ke semasa menjelang akhir tahun ini apabila kesemua PBT menggunakan aplikasi ini secara sepenuhnya untuk terimaan bayaran lesen, cukai bandar dan pelbagai bentuk bayaran lain,” katanya.