KULIAH PENGUKUHAN PEMBUDAYAAN UMI SIRI 6 TAHUN 2021
KOTA BHARU, 25 Mac – Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-6 bagi tahun 2021 telah diadakan di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK hari ini. Program bermula dengan solat sunat Dhuha yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Yusizurin bin Mat Yunus, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Kuliah Pengukuhan Pembudayaan UMI kali ini mengupas kitab ‘Iman dan Kehidupan’ atau ‘Al-Iman Wal-Hayat’ karangan Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi yang menjelaskan pegangan, amalan dan gaya hidup sebenar seorang mukmin. Al-Fadhil Ustaz berpesan “Seorang mukmin mempelajari ilmu bukan sahaja diresap ke dalam jiwa, bahkan ilmunya dibiaskan pula melalui amalan yang soleh.”
Kuliah ini turut disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Pengurus Kanan Pelaburan dan Tugas-tugas Khas Kumpulan, Encik Hishamuddin bin Hussein; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Encik Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Hajah Nik Farzimar binti Nik Omar dan Pengurus-pengurus Kumpulan.