warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

KIGSB Dan Symphonet Bangunkan Projek Inisiatif Digital Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU 11 Dis : Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. (KIGSB) sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Symphonet Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi membangunkan program dan projek Inisiatif Digital Kelantan.

KIGSB telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai agensi utama dan rakan strategik bagi pembangunan ICT negeri sekaligus bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan memantau pembangunan industri ICT di Negeri Kelantan.

KIGSB juga merupakan pelaksana kepada Pelan Halatuju ICT Negeri dan bertanggungjawab dalam melaksanakan beberapa program dan projek utama dalam kerangka Inisiatif Digital Kelantan terutama berkaitan pembangunan Ekonomi Digital, Bandar Pintar dan juga pembangunan Mini Lembah Silikon.

Manakala Symphonet Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui projek ‘Kelantan Net Gigabit Metro-E Network’ yang meliputi seluruh jajahan Negeri Kelantan. Symphonet Sdn Bhd juga merupakan peneraju kabel gentian optik di kawasan Kota Bharu dan Negeri Kelantan.

Perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Pengurus Besar KIGSB, Mohd Roslan Mohd Zain Bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Symphonet Sdn Bhd, Dato’ Baharum Salleh disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah KIGSB, Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dan Pengerusi Symphonet Sdn Bhd, Haji Ghaus Ismail di Bilik Jamuan VIP, Bangunan PKINK hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, MOU ‘Kelantan Digital Initiatives’ ini secara langsung akan memfokuskan kepada kerjasama dalam pembangunan ekonomi digital dan industri ICT di Kelantan melalui beberapa program dan projek yang telah dikenalpasti oleh KIGSB, antaranya KALA Shop, Kelantan Pay dan pembangunan e-sukan.

Menurutnya, projek ini juga turut menyediakan perkhidmatan ‘Cloud’ bagi menyokong pembangunan pusat data mini, penyediaan ekosistem digital yang kondusif untuk pembangunan bandar digital atau bandar pintar.

" Pembangunan projek mini lembah silikon dan pembangunan infrastruktur jalur lebar bagi menyediakan internet berkelajuan tinggi di UTC Kelantan untuk menyokong pembangunan pusat keusahawanan ‘digital & co working space’.

“Ini sekali gus dapat membentuk dan menghasilkan sinergi dalam memacu pertumbuhan pesat industri ekonomi digital dan ICT di Kelantan," katanya.

Turut hadir ke majlis, ahli-ahli Lembaga Pengarah KIGSB, Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurusan Symphonet Sdn Bhd.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today85
Yesterday451
This week1361
This month1361
Total139993

2020-06-04

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas