warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Program BizFrancais Kelantan Bantu Memperkasa Usahawan Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PENGKALAN CHEPA, 7 Dis : Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperhebatkan usaha bagi membantu usahawan Pantai Timur khususnya di Negeri Kelantan melalui penganjuran Program BizFrancais @ Kelantan 2019.

Program yang berlangsung di Kampus UMK, Pengkalan Chepa telah dihadiri seramai 300 peserta yang terdiri daripada kalangan usahawan, bakal usahawan dan orang awam yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bidang francais. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan bin Wan Hamat.

Antara pengisian program satu hari itu adalah perkongsian ilmu dari usahawan francais, taklimat dari PNS dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta pengumpulan jenama-jenama francais di bawah satu bumbung yang memberi peluang kepada peserta yang hadir untuk mengenali usahawan-usahawan francais dengan lebih dekat mengenai peluang-peluang francais yang ada.

16 jenama francais terkemuka turut serta dalam program itu termasuk Ar-Rahn yang merupakan francais milik Permodalan Kelantan Berhad dan beberapa rangkaian francais lain seperti FranClean Pro Laundry, Gloria Jean’s Coffes, MD Putu Bambu World, Station One, 1901 dan Jamaica Lue.

Dalam program yang sama, PNS telah menyampaikan mock up cheque kepada usahawan produk berasaskan minuman iaitu Piara Group Resources (Cold Time) dengan nilai pembiayaan sebanyak RM 112,710.00.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi (Sokongan Perniagaan) PNS, Azlina Juliani Abd. Jalil, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud dan Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan PKINK, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today162
Yesterday451
This week1438
This month1438
Total140070

2020-06-04

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas