warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK Sumbang Lori Sampah Kepada MPKB-BRI

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU 27 Nov : Bagi merealisasikan hasrat untuk melihat Kota Bharu menjadi bandar bersih, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyumbang sebuah lori sampah jenis “halfmoon” kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk kelancaran perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bandar ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, menjadi tanggungjawab PKINK sebagai syarikat milik kerajaan negeri (GLC) membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempertingkat mutu perkhidmatan untuk keselesaan rakyat.

“Sumbangan ini merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat PKINK, sejajar dengan saranan kerajaan negeri supaya syarikat milik kerajaan (GLC) membantu kerajaan melalui PBT mengupayakan mutu perkhidmatan agar rakyat dapat menikmati kehidupan lebih selesa.

“PKINK berusaha untuk bekerjasama dengan PBT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik kepada warga kota selain menyahut seruan kempen ‘Kelantanku Bersih Kelantanku Ceria’ dengan langkah turut bekerjasama dalam meningkatkan kebersihan di kawasan tumpuan di bandar ini,’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ringkas pada Majlis Penyerahan Lori Halfmoon Sumbangan PKINK Kepada MPKB - BRI, di Padang Bola Sintetik, Kompleks Sukan MPKB - BRI, Kota Bharu, di sini semalam.

Serahan lori yang disampaikan kepada Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr. Izani Husin.

Turut hadir, Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Hariff Ghazali, Pengurus-pengurus PKINK, Ahli Majlis MPKB-BRI dan Pengarah-pengarah Jabatan MPKB-BRI.

Dalam pada itu, turut diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara PKINK dan MPKB-BRI yang menyaksikan MPKB-BRI memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-3.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today543
Yesterday492
This week1963
This month6095
Total41708

2019-12-12

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 12 December 2019, 13:13:26.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas