warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Taklimat Perlaksanaan Program Tunas Niaga (PROTUNE) 2020

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU : Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan satu program Taklimat Perlaksanaan Program Tunas Niaga (PROTUNE) Tahun 2020 kepada pengetua-pengetua dan guru-guru pembimbing PROTUNE . Taklimat ini telah diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu pada 14 November lalu.

Program PROTUNE yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan akan melibatkan 40 buah sekolah yang terdiri daripada 19 buah sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dan 21 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Taklimat ini adalah bertujuan untuk membentangkan perancangan dan membincangkan penambahbaikan program ini bagi sesi tahun 2020. Selain itu juga, pihak PKINK turut mengharapkan kerjasama sepenuhnya diberikan daripada semua sekolah yang terlibat bagi menjayakan Program ini kelak.

Perasmian taklimat ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz bin Yunus. Beliau ketika berucap berkata dengan adanya program sebegini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya pada masa hadapan. “Penerapan kesedaran tentang ilmu keusahawanan pada peringkat awal adalah penting supaya minda pelajar lebih cenderung untuk menceburi bidang perniagaan memandangkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dijangkakan lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan, Mohamad Nasriff Daud dan Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today545
Yesterday492
This week1965
This month6097
Total41710

2019-12-12

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 12 December 2019, 13:13:26.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas