warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK Bina Kios Bantu Jana Ekonomi Masjid

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KOTA BHARU 5 Nov : Masjid adalah rumah ibadah umat Islam mengerjakan solat dan menjadi tempat berlangsungnya majlis ilmu serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid juga sebagai sebuah institusi ibadah yang berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah.

Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai badan penggerak pembangunan ummah telah membina 6 unit kios usahawan bernilai RM200,000 di perkarangan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Keputeraan) Paloh 2, Chiku, Gua Musang yang dijangka mula beroperasi pada awal bulan Disember nanti.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud berkata, projek pembangunan kios ini adalah bukti kerjasama yang baik antara PKINK dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) serta institusi masjid di negeri ini.

“Kejayaan pembangunan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang melalui projek-projek yang lain antara kedua-dua pihak.

“Pihak kami juga berharap agar kegiatan ekonomi di masjid juga turut dapat membantu mengimbangkan dan mengembangkan ekonomi masyarakat setempat,” katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan Kunci 6 Unit Kiosk di perkarangan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Keputeraan) Paloh 2, Chiku, Gua Musang di sini hari ini.

Serahan kunci kios yang disampaikan kepada Pengerusi Masjid Sultan Ahmad, Nik Badri Nik Ab Aziz itu disaksikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid MAIK, Mohd Afifi Ahmad Ashaari.

Turut hadir, Pengurus Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman, Pengurus Bahagian Khidmat Teknikal Kumpulan, Wan Haidar Amni Nik Mansor dan Bendahari Masjid Sultan Ahmad, Mohd Kasuraidi Deraman.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today95
Yesterday202
This week312
This month5171
Total25577

2019-11-14

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 13 November 2019, 17:24:36.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Please publish modules in offcanvas position.