warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Sambutan Hari Keluarga PKINK Eratkan Silaturrahim

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KUALA TERENGGANU: Program Hari Keluarga PKINK 2019 menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan serta mengukuhkan ukhwah sesama keluarga anggota dan anggota Perbadanan.

Kira-kira 400 anggota PKINK dan ahli keluarga masing-masing turut serta memeriahkan Hari Keluarga yang telah diadakan di Primula Beach Hotel pada 22 hingga 24 Ogos lalu.

Acara dwitahunan yang bertemakan "Kami Keluarga PKINK" ini dijalankan secara santai dan meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah diatur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus ketika menyampaikan ucapan berkata, program ini bertujuan mengeratkan silaturahim anggota dan ahli keluarga, menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti diadakan di samping mewujudkan persefahaman serta semangat kerja berpasukan di kalangan anggota kumpulan PKINK yang sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

“Aktiviti seperti ini bukan sahaja bertujuan mengukuhkan hubungan sedia ada malah meningkatkan lagi persefahaman di kalangan anggota. Penganjuran program sebegini juga merupakan salah satu wadah terbaik menyatupadukan anggota. Alhamdulillah, biarpun masing-masing mempunyai kekangan kerja yang padat, namun kita semua tetap dapat memanfaatkan masa bersama-sama," katanya.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang 3 hari program tersebut diantaranya ialah acara sukaneka dewasa dan kanak-kanak, sukan rakyat, pertandingan memancing, persembahan dikir barat dan lain-lain acara yang melibatkan penyertaan semua peringkat ahli keluarga.

Anggota dan keluarga yang hadir juga diraikan dengan jamuan makan malam istimewa yang menjadi kemuncak kepada hari Keluarga PKINK 2019. Menariknya, acara cabutan bertuah yang diadakan semasa majlis makan malam turut menawarkan hadiah menarik seperti barangan elektrik, pakej penginapan dan perkakasan rumah selain telefon bimbit dan sebagainya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada urusetia yang menjayakan program Hari Keluarga PKINK pada kali ini.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today1935
Yesterday1102
This week4136
This month23489
Total206197

2020-09-23

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 23 September 2020, 18:13:51.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas