warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Mini Gemaputra Sukan Traditional Pulau Pinang 2019

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Mini Gemaputera Sukan Tradisional Pulau Pinang 2019 telah dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada 26 – 28 Julai 2019. Antara lokasi yang terlibat bagi kejohanan ini adalah di Aras 3, Komtar dan Arena Sukan Azman Hashim, USM Pulau Pinang. Kejohanan pada kali ini telah disertai lebih 400 peserta dari Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera & Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia termasuk 10 Perbadanan Kemajuan Negeri Semenanjung. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan turut tidak ketinggalan menghantar peserta untuk menyertai kejohanan ini.

Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tradisional Mini Gemaputera Pulau Pinang 2019 telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Chow Kon Yeaw diiringi Pegurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Mohd Bazid Hj Abd Kahar.

Menurut Ketua Menteri, YAB. Chow Kon Yeaw kejohanan ini diadakan selaras dengan sambutan ulang tahun PDC yang ke 50 tahun. Antara acara yang dipertandingkan adalah, Congkak, Dam Aji Gergasi, Batu Seremban, Sepak Raga Ratus, Galah Panjang dan Pertandingan Lagu-lagu Klasik.

Kontinjen Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang diketuai oleh En. Ahmad Nazri Hj Ismail dan 22 orang peserta telah berjaya meraih Johan dalam acara Congkak dan Batu Seremban. Manakala bagi acara Dam Aji Gergasi dan Galah Panjang PKINK telah berjaya menduduki tempat ketiga. PKINK tidak menyertai acara Pertandingan Lagu-lagu Klasik yang di anjurkan. PKINK telah berjaya memenangi Naib Juara Keseluruhan Mini Gemaputera Sukan Tradisional Pulau Pinang 2019. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today1589
Yesterday1102
This week3790
This month23143
Total205851

2020-09-23

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 23 September 2020, 18:13:51.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas