warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 11 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Tazkirah, Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Anggota-anggota Kumpulan Pengurusan & Profesional PKINK bersama YB Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan sempena tahun baharu 2021 pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas mengupas intipati dan hikmah yang terdapat pada surah Yasin. Sesungguhnya terdapat banyak keberkatan di dalam surah ini. YB SF Dato’ berpesan bahawasanya surah ini turut menegaskan larangan membenarkan kesombongan dan kedegilan diri membelenggu jiwa manusia daripada tunduk mematuhi kebenaran. Tambahan pula, apabila Allah SWT menghendaki sesuatu, hanya dengan berfirman “Jadilah engkau!”, maka terjadilah sesuatu itu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz Bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah Bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff Bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Bahagian Kumpulan dan Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 10 Jan – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Ab Aziz Bin Yunus telah menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (PPMSB), En Muhammad Muhaimin Lau pada hari ini. Pertemuan ini bertujuan membincangkan ruang dan peluang bagi menjalin hubungan antara PPMSB dan PKINK.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 7 Jan – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan siri yang pertama bagi Tahun 2021 telah diadakan di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada hari ini. Kuliah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Yusizurin Bin Mat Yunus, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Kupasan tajuk kuliah hari ini berdasarkan buku Adab Orang Islam terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang merupakan terjemahan lengkap dari bab “Fi al-Adab (في الأدب)” dari buku “Minhaj al-Muslim (منهاج المسلم)”. Al-Fadhil Ustaz menjelaskan kepentingan keikhlasan ketika beribadah dalam kehidupan seharian seorang hamba. Beliau turut memberi perumpamaan betapa pentingnya keikhlasan, meskipun tidak mampu beramal kerana uzur namun tetap mendapat ganjaran yang sama sekiranya ibadat yang dilakukan terdahulu dengan penuh keikhlasan, ibarat mendapat bayaran pencen walaupun sudah tidak bekerja.

Kuliah ini disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) PKINK, Haji Mohamad Nasriff Bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Bahagian dan Pengurus-pengurus Bahagian PKINK.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 31 Dis – Warga Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pejabat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan hari ini berpeluang hadir ke Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Dakwah & Tarbiah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Bin Mat Sulaiman di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini.

Kuliah pada hari ini membincangkan tentang fiqh jenayah. Undang-Undang Islam membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan pada hukuman yang dikuatkuasakan iaitu hudud, qisas dan takzir.  Al-Fadhil Ustaz turut menjelaskan bahawa pembahagian Maqasid Syariah dari sudut kebaikan manusia terbahagi kepada tiga, iaitu Dharuriyah, Hajiyyah dan Tahsiniyyah.

Dharuriyah merupakan perkara yang manusia perlukan dan bergantung padanya yang terbahagi kepada lima asas utama iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta benda. Hajiyyah merupakan perkara yang diperlukan oleh manusia bagi memudahkan dan menghilangkan kesukaran seperti sistem perundangan, pentadbiran, dan ekonomi. Tahsiniyyah pula merupakan perkara yang menyempurnakan dan mencantikkan urusan manusia seperti aktiviti kempen kesedaran yang menggalakan pelaksanaan sistem perundangan bagi memelihara Maqasid Syariah.

Kuliah ini turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Rasmi PKINK. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) PKINK, Haji Mohamad Nasriff Bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan dan Pengurus-pengurus Bahagian PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today194
Yesterday530
This week3292
This month18469
Total332250

2021-02-27

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 24 February 2021, 16:36:05.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas