warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 4 Nov – Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. (KIGSB) sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan hari ini telah menandatangani perjanjian bersama Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan aktiviti pengauditan integriti keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi di Negeri ini.

Pengauditan ini bertujuan untuk memastikan menara dan struktur pemancar telekomunikasi sentiasa berada dalam keadaan kukuh, selamat dan sentiasa diselenggara supaya tidak menjejaskan keselamatan masyarakat setempat. Selain itu, melalui pengauditan ini juga struktur-struktur telekomunikasi yang dibina tanpa kebenaran serta kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dapat dikenal pasti.

Disamping itu, masyarakat juga akan mendapat manfaat liputan telekomunikasi yang terbaik dan menyeluruh hasil dari pemantauan terhadap perkhidmatan syarikat telekomunikasi. Satu pengkalan data yang lengkap berkenaan liputan telekomunikasi dapat dibentuk untuk penyelarasan dan sebagai input dalam merangka pembangunan kemudahan telekomunikasi di Negeri Kelantan.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan dan YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd pula diwakili  oleh YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan, Pengerusi KIGSB dan YABrs. Haji Abd Aziz Bin Yunus, Pengarah Eksekutif KIGSB.

Turut hadir YB Dato’ Ahmad Robert Bin Abd Rahim, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan; YB Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Nergeri Kelantan; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat; Pengurusan Kumpulan PKINK; Pengurus Besar KIGSB dan Pengurusan KIGSB.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 31 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Haji Ab Aziz Bin Yunus hadir ke Majlis Sambutan Hari Hududullah Sempena 3 Dekad Pentadbiran Negeri Kelantan Membangun Bersama Islam di Dewan Besar, Balai Islam, Kota Bharu Kelantan pada hari ini.
 
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Di majlis ini juga turut diadakan penyampaian Kad Skuad Amru kepada Ketua-ketua Jajahan seluruh Kelantan.
 
Turut hadir YB Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan; YB Dato’ Haji Abdullah Bin Yakob, Speaker Dewan Negeri Kelantan; YM Dato’ Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan); YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 29 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tn Hj Ab Aziz Bin Yunus telah membuat pelepasan ‘flag-off’ konvoi bagi Program Kembara 30 Tahun Membangun Bersama Islam Kelantan – Terengganu anjuran Persatuan Mawaddah Kelantan (Mawaddah) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Terengganu.
 
Program sepanjang dua hari ini diketuai oleh Tuan Mohd Nor Bin Tuan Yahya, Pengarah Program merangkap Setiausaha Persatuan Mawaddah Kelantan, melibatkan konvoi sebanyak 30 buah motosikal (simbolik kepada 30 tahun Kerajaan Negeri Kelantan Membangun Bersama Islam) dari perkarangan Masjid Sultan Ismail Kubang Kerian ke Kediaman Menteri Besar Terengganu.
 
Tn Hj Ab Aziz Bin Yunus turut berpesan kepada para peserta konvoi agar sentiasa mengamalkan konsep ‘safe-ride’ sepanjang perjalanan agar program berjalan dengan lancar dan selamat.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 25 Okt – Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (DOSM Kelantan) telah mengadakan Klinik eCensus bagi pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Klinik eCensus diadakan bertujuan untuk mendapatkan stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci. Anggota PKINK diberikan invitation code untuk membuat pengisian eCensus secara dalam talian. Puan Wan Nur Hasnarizwa Binti Wan Hasan, Penolong Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (DOSM Kelantan) hadir mengetuai 12 orang anggota DOSM Kelantan hadir mengendalikan klinik ini. Kinik ini juga akan diteruskan di agensi-agensi lain sehingga 21 Disember 2020.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 25 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Bin Yunus telah menghadiri Amanat Khas YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang diadakan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim sempena Majlis Perasmian 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini.

Pada tanggal 21 Oktober 2020, telah genap 3 dekad Negeri Kelantan berada di bawah pentadbiran Membangun Bersama Islam semenjak era kepimpinan Al-Marhum YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang bermula pada tahun 1990.

Dalam amanat beliau, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob menegaskan 2 matlamat utama yang membentuk pemikiran dan pemahaman rakyat terhadap pentadbiran Membangun Bersama Islam selama 30 tahun sebelumnya iaitu: Hirasah Al-Din (menjaga agama) dan Siyasah Al-Dunya Bihi (mentadbir urusan kerajaan berpandukan ajaran Islam).

Turut hadir YB Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Mesteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi JK Induk Sambutan 3 Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam; YB Dato’ Haji Abdullah Bin Yakob, Speaker Dewan Negeri Kelantan; YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today789
Yesterday874
This week5210
This month13901
Total474503

2021-09-19

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas