warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 10 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Makanan Halal PKINK, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
 
Lawatan ini bertujuan untuk memantau keadaan semasa kilang-kilang milik PKINK supaya berada dalam keadaan terbaik sebelum disewakan kepada bakal penyewa. Pemeriksaan premis yang menyeluruh sebegini adalah tanda keseriusan PKINK dalam menyampaikan khidmat terbaik dalam menyediakan platform bagi membantu para usahawan Kelantan mengembangkan perniagaan.
 
Turut hadir Pengurus Kewangan, En Ahmad Faizol Bin Abdul Aziz dan Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, YM Tuan Muhammad Faizal Bin Tuan Sulaiman.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 10 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK hadir ke satu perjumpaan dan taklimat ringkas bersama imam dan wakil masjid yang menyertai Program Almari Makanan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (Food Cupboard PKINK) hari ini yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK. Program Food Cupboard PKINK adalah salah satu dari program tanggung jawab sosial PKINK yang diadakan bagi menyantuni masyarakat setempat. Setiap bulan masjid yang terlibat dibekalkan dengan barangan makanan asas untuk diagihkan kepada jemaah masjid yang memerlukan.

Seramai 22 orang imam dan wakil dari masjid-masjid yang terlibat hadir ke perjumpaan ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak pengurusan masjid yang telah menyelaras pengagihan barangan makanan kepada orang miskin dan perlu dibantu. Haji Ab Aziz berpesan agar pihak masjid memanfaatkan sebaiknya Program Almari Makanan ini. "Gunakan inisiatif Program Food Cupboard ini sebagai salah satu cara untuk mengimarahkan lagi masjid dan menggalakan kehadiran di kariah masing-masing." katanya.

Turut hadir En Ahmad Nazri Bin Haji Ismail, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan dan En Ahmad Mukhlis Bin Haji Mukhtar, Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 10 Dis – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) Siri 2/2020 di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini disampaikan oleh Al-Fadil Ust Suratemi Bin Mat Yusof, Penolong Pengarah Kanan (Dakwah Tarbiah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Kuliah yang membawa tajuk "Pengenalan kepada Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI)" turut menyentuh perkaitan prinsip-prinsip UMI dengan konsep Pengurusan Ihtirafi yang diperkenalkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Al-Fadil Ustaz Suratemi turut menegaskan bahawa sikap bersatu padu dalam segala gerak kerja organisasi adalah penting sebagaimana gerak kerja antara nakhoda dan anak kapal bila berlayar.

Kuliah yang diadakan dengan kehadiran yang terhad dan dalam suasana norma baru ini turut disiarkan di atas talian melalui siaran langsung di Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz Bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Mohammad Nasriff Bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Bahagian dan Pengurus-pengurus Bahagian.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 2 Dis - Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersempena meraikan Pn Hawa Binti M. Saleh yang bakal bersara wajib bermula 05 Disember 2020 telah diadakan hari ini di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK.

Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun di PKINK dan menyandang jawatan terakhir sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Bahagian Teknologi Maklumat telah diraikan di majlis yang diadakan secara ringkas ini berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih berkuatkuasa. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Bin Yunus mewakili Perbadanan mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas perkhidmatan cemerlang beliau selama ini di PKINK. Turut disampaikan cenderahati persaraan sebagai tanda penghargaan kepada beliau.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (P&P), Tn Hj Mohamad Nasriff Bin Daud dan Pengurusan Kumpulan PKINK.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 30 Sept - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tn Hj Ab Aziz Bin Yunus mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), YM Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf.

Kunjungan ini bertujuan agar dapat mengeratkan hubungan antara jabatan serta membincangkan peluang kerjasama antara PKINK dan MPKB pada masa akan datang. Di samping itu, turut dibincangkan berkenaan perancangan dan pembangunan Bandaraya Islam, Kota Bharu agar dapat membantu memajukan lagi ekonomi Negeri Kelantan.

Turut hadir Tn Hj Mohamad Nasriff Bin Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) PKINK; Hjh Ahlaami Binti Ab Halim, Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan PKINK; En Ahmad Faizol Bin Ab Aziz, Pengurus Kewangan Kumpulan PKINK; En Ahmad Hilmi Bin Mohd Nawawi, Pengurus Projek, Sumber Asli & Industri Kumpulan PKINK; Hj Azman Bin Mohd Daham, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan & Pelaburan MPKB-BRI; Pn Wan Norihan Bt Wan Hussin, Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang MPKB-BRI; En Mohd Salamuddin Bin Ab.Salam, Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MPKB-BRI.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today789
Yesterday874
This week5210
This month13901
Total474503

2021-09-19

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas