warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 7 Mac – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus telah menerima kunjungan daripada Ahli Lembaga Pengarah PKINK, Encik Chek Zainuddin bin Chek Jusoh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Halal, Francais & Vendor dari Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC). Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah PKINK lantikan dari kerajaan pusat.

Pertemuan ringkas ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Tuan Haji Mohamad Nasriff bin Daud dan Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Encik Ahmad Nazri bin Haji Ismail.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 4 Mac – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) telah diadakan di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada hari ini. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suratemi bin Mat Yusof, Pegawai Agama Jajahan Bachok.

Al-Fadhil Ustaz mengupas kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum dan menekankan kepentingan untuk mempelajari sejarah. “Penting bagi umat Islam mempelajari Sirah Nabawiyyah (Sejarah Nabi) dan mencontohi tauladan yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW agar segala amalan yang dilakukan itu benar dan berasas”.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus komited dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terutamanya membantu peniaga kecil dan sederhana meneruskan dan meningkatkan perniagaan mereka serta menyokong pertumbuhan dalam keadaan ekonomi semasa.
 
Bantuan itu membabitkan peralatan dan keperluan perniagaan seperti peti sejuk beku, mesin jahit, peralatan fertigasi dan lain-lain peralatan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, sejak sekian lama, PKINK melaksanakan pelbagai program CSR menerusi Projek Rangsangan Ekonomi PKINK termasuk membantu peniaga kecil dan sederhana menstruktur semula perniagaan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
 
Jelas beliau, Projek Rangsangan Ekonomi PKINK ini sejajar dengan saranan kerajaan negeri supaya syarikat milik kerajaan (GLC) membantu mengupayakan taraf hidup rakyat agar menikmati kehidupan lebih selesa.
 
“Kita kenalpasti mereka (usahawan) yang betul-betul mahu berniaga kerana kita mahu mereka membantu menggerakkan ekonomi setempat disamping menjana pendapatan yang lebih dan sekaligus dapat keluar dari kepompong kemiskinan.
 
“Bantuan ini tidak akan disalurkan dalam bentuk kewangan bagi mengelak penyalahgunaan bantuan, sebaliknya akan diberi dalam bentuk peralatan selain pemasaran dan promosi agar produk mereka dapat dikenali di serata dunia,” katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan Sumbangan CSR PKINK kepada usahawan-usahawan dibawah bimbingan PKINK di Bilik Operasi, Bangunan PKINK di sini baru-baru ini.
 
Pada majlis itu, Ab Aziz menyampaikan sumbangan berupa peralatan perniagaan kepada 10 penerima yang terdiri daripada usahawan bimbingan PKINK dan peniaga kecil dan sederhana seluruh Kelantan.
 
Hadir sama, Pengurus Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan PKINK, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman.
 
Seorang usahawan tani, Muhammad Zaim Yusoff, 27, berkata, peralatan yang diterimanya amat membantu mengusahakan tanaman lada secara fertigasi.
 
“Saya mengusahakan tanah seluas empat ekar dan jumlah keseluruhan tanaman sebanyak 8,000 batang pokok lada.
 
“Peralatan ini dapat memudahkan kerja-kerja di ladang selain tidak memerlukan pekerja yang ramai,”
 
Seorang lagi usahawan, Ku Badriah Ku Nawi, 30, mengucapkan terima kasih kepada PKINK yang menyumbang peti sejuk domestik bernilai RM5, 000.
 
“Selepas terima bantuan, diharapkan dapat mengembangkan lagi perniagaan saya.
 
“Sebelum ini kelengkapan saya untuk berniaga tidak seberapa tapi memadai untuk saya memulakan perniagaan saya secara kecil-kecilan,” ujarnya.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

TUMPAT, 1 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus hadir ke Pejabat Ketua Jajahan Tumpat dalam satu sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Tumpat yang diadakan pada pagi ini.

Dalam pertemuan ini, Haji Ab Aziz mewakili PKINK menzahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan Tuan Haji Rusydee bin Abdullah sebagai Ketua Jajahan Tumpat yang baharu. Selain itu, kunjungan hormat ini turut bertujuan untuk berbincang dan berkongsi buah fikiran bagi memajukan Jajahan Tumpat serta merangka kerjasama antara PKINK dan Jajahan Tumpat pada masa akan datang.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 25 Feb – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Pembudayaan UMI Siri Ke-2 bagi tahun 2021 di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon Bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai.

“Sehebat mana perancangan manusia tidak sesekali boleh menembusi takdir Allah SWT”, Al-Fadhil Ustaz berkata sambil menerangkan kepentingan prinsip Ubudiyyah dalam pentadbiran. Teras utama prinsip Ubudiyyah adalah mengenali Allah SWT melalui sifat-sifat dan ciptaanNya. Kuliah ini turut disiarkan secara langsung melalui laman Facebook rasmi PKINK.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today835
Yesterday874
This week5256
This month13947
Total474549

2021-09-19

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas