warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK BERI SUMBANGAN JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI HRPZ II DAN PUSAT PERUBATAN AN-NISA'

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 3 Mei 2021 – Perbadanan Kemajuan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan buat petugas barisan hadapan kesihatan yang bertungkus lumus berusaha mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia dan Negeri Kelantan khususnya. Bersempena Program PKINK Ihya Ramadan 1442 H, PKINK hari ini menyampaikan sumbangan berupa paket juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Pusat Perubatan An-Nisa’.
 
Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Rawatan Harian HRPZ II hari ini, sebanyak 600 paket juadah berbuka puasa telah disampaikan oleh YB Dr. Haji Izani bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan merangkap Ahli Lembaga Pengarah PKINK untuk diedarkan kepada kakitangan hospital yang sedang bertugas. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga kakitangan hospital yang sedang bertugas di bulan Ramadan yang mulia ini. Selain dari sebahagian program tanggungjawab sosial PKINK, melalui sumbangan ini juga diharapkan PKINK mendapat keberkatan Allah S.W.T kerana terlalu banyak kelebihan bagi sesiapa yang memberi makan orang berpuasa.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Hj. Ab Aziz bin Yunus di majlis tersebut berkata, “Kita mengharapkan situasi pandemik yang melanda ini akan reda supaya semua kegiatan ekonomi dan pembangunan di Negeri Kelantan yang tercinta ini dapat digerakkan dengan sebaiknya. Sesungguhnya, usaha mengekang penularan wabak ini memerlukan sokongan dari kita semua. Patuhi semua Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan dan daftar vaksinasi demi kebaikan semua.” Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Izani, HRPZ II , Pusat Perubatan An-Nisa’ dan Hotel Al-Ansar yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.
 
Turut hadir Pengarah HRPZ II, Dato' Dr Selasawati binti Hj. Ghazali; Timbalan Pengarah (Pengurusan) HRPZ II, Hj. Azman bin Ismail; En. Ahmad Nazri bin Hj. Ismail, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia PKINK dan Pengurus Besar Pusat Perubatan An-Nisa’, Cik Norsaniah binti Omar; Pengurus Hotel Al-Ansar, Pn. Atira binti Ludin.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today132
Yesterday917
This week4774
This month17795
Total432437

2021-07-25

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas