warna1   warna2   warna3   warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 1 Ogos – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Yayasan Iktisad Darulnaim mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia (PPOM) secara atas talian pada hari ini.

PPOM merupakan sebuah pertubuhan yang bergiat aktif dalam membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Pada hari ini, Skuad Upaya Malaysia diwakili oleh En Mohd Kufri @ Osman bin Omar telah menerima sumbangan peralatan sokongan bernilai RM3,290 yang telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus.

Antara peralatan yang telah disumbangkan termasuk 10 unit Adjustable Walking Stick Chrome, 20 unit Tongkat Kaki Empat, 10 unit Tongkat Lengan, 10 unit Tongkat Ketiak dan 20 unit Tongkat dan Tempat Duduk. PKINK sentiasa cakna dan proaktif dalam aktiviti Tanggung Jawab Sosial (CSR) bagi membantu masyarakat dan rakyat yang memerlukan.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 30 Mei – Peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara adalah semakin membimbangkan dan kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan ‘Total Lockdown’ yang bakal berkuat kuasa pada 1 Jun 2021 ini. Penularan wabak yang semakin tidak terkawal ini memerlukan lebih banyak saringan diadakan menyaksikan bebanan tugas barisan hadapan di sektor kesihatan semakin bertambah.
 
Setiap hari Pusat Saringan COVID-19 di Stadium Sultan Muhammad IV dikunjungi oleh hampir seribu orang yang hadir untuk menjalankan saringan COVID-19 setelah didapati berisiko untuk mendapat jangkitan. Tugasan para petugas untuk berhadapan dengan orang yang berisiko dijangkiti serta berhadapan dengan risiko untuk dijangkiti adalah satu tugas yang tidak mudah. Oleh demikian, sokongan dan penghargaan wajar diberikan kepada mereka.
 
Sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini tampil memberikan sumbangan makanan tengahari kepada 100 orang petugas di Pusat Saringan COVID-19, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Sumbangan ini akan diberikan secara berterusan selama tiga hari dari 30 Mei – 1 Jun 2021. PKINK berharap sumbangan ini mampu memberikan secebis senyuman di wajah barisan hadapan.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 5 Mei – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui syarikat anak, Infra Quest Sdn Bhd tampil memberi sumbangan bagi membantu mangsa COVID-19 di satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Menteri Besar Kelantan, Aras 10, Mabna MBI, Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim, pada hari ini.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM1,000,000 kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob untuk disalurkan kepada Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah).
 
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program kebajikan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan PKINK. Haji Ab Aziz berkata “Diharapkan agar sumbangan ini dapat membantu kerajaan bagi menjaga kebajikan mangsa COVID-19 secara keseluruhan di Negeri Kelantan. Berlandaskan moto ‘Penggerak Pembangunan Ummah’, PKINK akan sentiasa berkongsi sedikit sebanyak laba ekonomi yang ada bersama rakyat negeri ini, khususnya dalam suasana musibah pandemik COVID-19 yang sedang melanda”.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 3 Mei 2021 – Perbadanan Kemajuan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan buat petugas barisan hadapan kesihatan yang bertungkus lumus berusaha mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia dan Negeri Kelantan khususnya. Bersempena Program PKINK Ihya Ramadan 1442 H, PKINK hari ini menyampaikan sumbangan berupa paket juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Pusat Perubatan An-Nisa’.
 
Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Rawatan Harian HRPZ II hari ini, sebanyak 600 paket juadah berbuka puasa telah disampaikan oleh YB Dr. Haji Izani bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan merangkap Ahli Lembaga Pengarah PKINK untuk diedarkan kepada kakitangan hospital yang sedang bertugas. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga kakitangan hospital yang sedang bertugas di bulan Ramadan yang mulia ini. Selain dari sebahagian program tanggungjawab sosial PKINK, melalui sumbangan ini juga diharapkan PKINK mendapat keberkatan Allah S.W.T kerana terlalu banyak kelebihan bagi sesiapa yang memberi makan orang berpuasa.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Hj. Ab Aziz bin Yunus di majlis tersebut berkata, “Kita mengharapkan situasi pandemik yang melanda ini akan reda supaya semua kegiatan ekonomi dan pembangunan di Negeri Kelantan yang tercinta ini dapat digerakkan dengan sebaiknya. Sesungguhnya, usaha mengekang penularan wabak ini memerlukan sokongan dari kita semua. Patuhi semua Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan dan daftar vaksinasi demi kebaikan semua.” Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Izani, HRPZ II , Pusat Perubatan An-Nisa’ dan Hotel Al-Ansar yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.
 
Turut hadir Pengarah HRPZ II, Dato' Dr Selasawati binti Hj. Ghazali; Timbalan Pengarah (Pengurusan) HRPZ II, Hj. Azman bin Ismail; En. Ahmad Nazri bin Hj. Ismail, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia PKINK dan Pengurus Besar Pusat Perubatan An-Nisa’, Cik Norsaniah binti Omar; Pengurus Hotel Al-Ansar, Pn. Atira binti Ludin.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink [at] pkink.gov.my
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today441
Yesterday727
This week4376
This month11211
Total495136

2021-10-17

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas